Noh Salleh dan isteri timang cahaya mata sulung - Utusan Malaysia

Noh Salleh dan isteri timang cahaya mata sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan komposer terkenal, Noh Salleh baru-baru ini berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Fatin Athira Mustapa selamat melahirkan anak sulung mereka pada 21 November lalu.

Menerusi sebuah perkongsian gambar di Instagram, Noh atau pemilik nama sebenar Mohammad Noh Bin Salleh,40,memuat naik momen istimewa tersebut dan meluahkan rasa syukur selepas melalui perjalanan panjang untuk menimang cahaya mata pertama. 

“Ia memerlukan kami mengharungi pelbagai ujian yang dasyat untuk menyedari bahwa hanya ALLAH Yang Maha Esa yang menentukan masa yang sempurna untuk sesuatu dituliskan menjadi milik kita.

“Tidak lambat, tidak terlalu cepat, sempurna,” tulisnya.

“MasyaAllah, Alhamdulillah. Pada tanggal 21 November, isteri saya telah melahirkan anak kami yang pertama.

“Seorang anak perempuan yang sihat dan sangat cantik,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Noh turut meluahkan rasa terima kasih kepada orang tua, keluarga, sahabat dan para peminat yang sentiasa mendoakan dirinya dan isteri.

Selain itu, memaklumkan bahawa dengan berkat doa mereka proses kelahiran berjalan sangat lancar dan meriah kerana ditemani pelukan ciuman dan sorakan.

“Sebuah fasa baru untuk kami dan mohon kalian doakan perjalanan sebagai ibu bapa ini sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Doakan Aku , Athira dan Tara Svara,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen, perkhabaran manis itu juga menerima banyak ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan para peminat yang tumpang gembira atas kelahiran puteri sulung mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN