Konon tidak suap anak, bekas isteri Nubhan guna teknik ‘baby-led weaning’ - Utusan Malaysia

Konon tidak suap anak, bekas isteri Nubhan guna teknik ‘baby-led weaning’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas isteri kepada penyanyi, Nubhan Ahmad, Dr. Afifah Hidayah Tawfek, mendedahkan dia mengambil pendekatan mendidik anak-anak untuk berdikari seawal usia enam bulan menerusi kaedah pemberian makanan secara kendiri atau baby-led weaning.

Menurut Dr. Afifah, dia mula menggalakkan anak-anak untuk menyuap makanan sendiri bukan kerana mahu tergesa-gesa dalam proses tumbesaran, tetapi percaya bahawa sifat berdikari harus dipupuk sejak awal.

“Saya mula galakkan anak makan sendiri seawal enam bulan. Bukan sebab nak cepat, tapi sebab saya percaya, sifat berdikari itu perlu dimulakan dari kecil.

“Sekurang-kurangnya bila hidup tak menentu, anak-anak tahu cara menjaga diri sendiri,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Tambah Dr Afifah, sebagai seorang ibu, banyak masa diluangkan untuk mempelajari dan meneliti cara terbaik dalam memberikan permulaan hidup yang baik kepada anak-anaknya.

“Saya kenal konsep baby-led weaning semasa bersama anak pertama, Aaffan. Tapi dengan anak kedua, Afzan, saya mula praktikkan seawal enam bulan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Dr. Afifah berkata, pengalaman menjadi ibu tidak semestinya datang secara semula jadi kerana ia memerlukan usaha, kesabaran dan kesediaan untuk terus belajar.

“Akhirnya, saya jumpa keseimbangan antara cara tradisional dan pendekatan moden, dan itu tidak mengapa,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dr. Afifah sempat berseloroh terhadap segelintir pihak yang menganggap dia tidak memberi makan kepada anaknya.

“Yang kata ‘Fie tak suap anak’ tu, tahu ke teknik ni? Tanya je,” tulisnya bersahaja.

Rumah tangga Nubhan dan isteri menjadi perhatian ramai apabila penyanyi itu sebelum ini memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di
Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Permohonan itu dibuat bagi mengesahkan
lafaz cerai yang berlaku pada 2017 dan 26
Ogos lalu serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN