Kalau dengar orang berpisah terus jerit padan muka, tidak baik begitu- Zarina Anjoulie

Kalau dengar orang berpisah terus jerit padan muka, tidak baik begitu- Zarina Anjoulie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie, tampil menegur segelintir warganet yang dikatakan terlalu gemar mengecam dan menyentuh kisah peribadi pempengaruh terkenal, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosialnya, Zarina menzahirkan rasa kecewa terhadap sikap sesetengah pihak yang menurutnya sering bergembira apabila seseorang menghadapi kesedihan, termasuklah dalam hal hubungan peribadi.

“Anda mungkin sudah tahu saya adalah seorang peminat Ameera.Bagaimanapun, saya tidak pasti, tetapi ada khabar angin yang mengatakan bahawa dia telah berpisah dengan teman lelakinya. Jadi semua orang mula bercakap ‘Oh, padan muka!’ dan ketawa, seolah-olah memang tunggu masa untuk gelakkan orang.

“Janganlah berlagak seperti kamu semua tak pernah rasa sedih bila berpisah. Kamu semua pun pernah bercakap tentang lelaki, bukan?

“Itulah masalah dengan segelintir netizen Malaysia, suka berdoa atau bergembira atas kesedihan orang lain. Sebab apa? Sebab tak ada kerja lain yang lebih baik nak dibuat,”katanya dalam hantaran video di Instagram hari ini.

Selain itu, kata Zarina, dia juga hairan mengapa ada individu suka melihat kejatuhan orang lain.

“Saya tak faham kenapa ada orang yang suka melihat orang lain jatuh. Kalau dengar orang berpisah, terus menjerit ‘padan muka’, ‘memang tunggu masa nak gelakkan’. Tak baik macam itu,” katanya.

Zarina turut menegaskan agar warganet tidak bersikap hipokrit dengan berpura-pura menyokong tetapi dalam masa sama menghantar mesej peribadi (DM) kepada pasangan individu yang sedang diuji.

Tidak cuma itu, Zarina juga menegur segelintir wanita, termasuk yang sudah berkahwin, kerana meninggalkan komen keterlaluan terhadap lelaki yang dianggap menarik di media sosial.

“Saya tengok ramai perempuan komen ‘eh, dia lelaki idaman’, ‘kalaulah saya dapat awak’, tapi dalam gambar profil ada gambar kahwin dengan suami masing-masing. Tak malu ke?” ujarnya.

Dalam masa sama, Zarina mengingatkan supaya orang ramai tidak mengaitkan atau bercakap buruk mengenai Ameera Khan dan pasangannya.

“Tolonglah, jangan kacau ‘baby’ saya. Saya suka dia, dia sangat comel. Kalau betul ada hati yang baik, doakan saja yang baik-baik untuk mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN