Jangan pukul rata cakap orang Cina tidak mandi - Ceddy Ang - Utusan Malaysia

Jangan pukul rata cakap orang Cina tidak mandi – Ceddy Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pempengaruh, Ceddy Ang, menegur sikap segelintir pihak yang gemar membuat generalisasi terhadap masyarakat Cina berhubung isu tidak mandi pada waktu pagi.

Menurut Ceddy, tanggapan tersebut sering berulang setiap tahun dan disifatkannya sebagai tidak adil serta mengelirukan.

“Setiap tahun, pasti ada perbualan mengenai tanggapan bahawa orang Cina tidak mandi.

“Jadi, apabila saya melihat hantaran itu, saya terfikir, hal ini lagi. Saya tertanya-tanya apa yang berlaku kali ini. Adakah kerana individu itu masuk MRT lalu terhidu bau orang yang berbau kepam?

“Rupa-rupanya, ada seorang lelaki yang memuat naik video rutin hariannya dan berkata bahawa mandi tidak diperlukan pada waktu pagi.

“Apabila orang bertanya mengapa dia tidak mandi pada waktu pagi, dia menjawab bahawa dia mandi pada malam sebelumnya dan tidur di bilik berhawa dingin, jadi dia tidak berpeluh,”katanya.

Bagaimanapun, Ceddy menegaskan bahawa alasan individu tersebut tidak wajar.

“Hanya kerana tidak berpeluh, itu tidak bermakna badan tidak menghasilkan minyak dan bakteria.

“Cukuplah tentang lelaki itu. Apa yang saya mahu katakan ialah jangan membuat generalisasi. Jangan pukul rata mengatakan orang Cina tidak mandi.

“Saya tidak tahu tentang orang lain, tetapi tempat saya dibesarkan, jika saya ada sekolah pagi dan kelas bermula pukul tujuh, saya akan bangun pukul lima atau enam pagi. Walaupun sejuk, walaupun saya tahu jika saya terkena air saya akan menggigil kesejukan, saya tetap mandi,”katanya.

Berikutan itu, akui Ceddy, dia tidak mempunyai alasan untuk mandi di waktu pagi.

“Saya tidak ada alasan. Saya tidak boleh berkata kepada ibu saya bahawa saya tidak mahu mandi. Ibu saya tidak akan terima alasan itu,”katanya.

Dalam masa sama, Ceddy turut menolak alasan budaya yang menyatakan tidak mahu ‘kena angin’ sebagai justifikasi untuk tidak mandi.

“Kadang-kadang kita sendiri tidak menyedari bau badan kita, tetapi orang lain boleh menghidunya. Deodoran sahaja tidak mencukupi. Anda perlu mandi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN