Frankenstein: pelakon asal bukan Jacob Elordi tetapi Andrew Garfield - Utusan Malaysia

Frankenstein: pelakon asal bukan Jacob Elordi tetapi Andrew Garfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELEs: Pelakon Australia, Jacob Elordi, merupakan aktor pilihan kedua bagi menggantikan Andrew Garfield untuk membawakan watak makhluk ciptaan Dr. Victor Frankenstein dalam filem terbaharu arahan Guillermo del Toro, Frankenstein.

Menurut laporan media antarabangsa, Andrew terpaksa menarik diri sembilan minggu sebelum penggambaran kerana masalah jadual.

Elordi, yang dikenali menerusi siri Euphoria, kemudian dipilih untuk menggalas watak utama itu bersama Oscar Isaac sebagai Dr. Frankenstein.

Menurut Ketua Bahagian Solekan Prostetik, Mike Hill, Elordi mempunyai fizikal dan keperibadian yang sesuai untuk watak berkenaan.

Proses solekan mengambil masa sehingga 10 jam sehari, manakala penanggalan prostetik memakan masa kira-kira 90 minit menggunakan sauna mudah alih di treler pelakon tersebut.

Hill berkata penampilan makhluk ciptaan itu direka berdasarkan anatomi manusia sebenar tanpa elemen klasik seperti kulit hijau atau bolt di leher.

Reka bentuk watak ini dihasilkan oleh Hill dan pereka kostum Kate Hawley, dengan pendekatan yang lebih dekat kepada karya asal Mary Shelley.

Sebanyak 42 bahagian prostetik, termasuk 14 di kepala dan leher, digunakan bagi menghasilkan transformasi penuh Elordi.

Dalam pada itu, Hill memuji kesabaran dan komitmen Elordi sepanjang proses panjang itu, menyifatkannya sebagai ‘pelakon paling tabah’ pernah bekerjasama dengannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN