Ayda Jebat terkilan individu berusia gelar ‘anak Jebat Derhaka’

Ayda Jebat terkilan individu berusia gelar ‘anak Jebat Derhaka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat, meluahkan rasa terkilan apabila masih ada pihak menjadikan nama bapanya sebagai bahan gurauan.

Menerusi satu hantaran di laman sosial miliknya, Ayda, 33, berkongsi pengalaman apabila dipanggil dengan gelaran ‘anak si Jebat derhaka’ oleh beberapa individu berusia.

Kata Ayda, apa yang membuatkan dirinya tersinggubg ialah kerana ketika ini bapanya itu pula sedang berjuang untuk pulih daripada serangan strok.

“Tak tahu perlu ambil hati ke tak. Kadang bila pakcik makcik cakap, ‘Oh, ini lah Ayda Jebat! Anak si Jebat derhaka tu!’ sambil gelak-gelak….

“Kan itu nama bapa saya. Orang itu tengah bergelut nak baik daripada strok, pakcik makcik main-mainkan nama dia,” tulisnya di Threads.

Tambah penyanyi lagu Pencuri Hati itu, kejadian berkenaan berlaku baru-baru ini, sehari sebelum sambutan hari lahir bapanya yang disambut semalam.

“Saja kongsi, sebab hari ini (semalam) hari lahir Papa dan baru sahaja kejadian itu berlaku semalam,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, Ayda memilih untuk berlapang dada dan tidak menyimpan perasaan terhadap individu berkenaan, meskipun mengakui kata-kata itu agak menyentuh hatinya.

“Ok baik, sebab orang tua, kita kena terima jelah kan? Senyum sajalah,”tulisnya.

Sementara itu, Ayda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada para peminat yang tidak putus mendoakan kesihatan bapanya, sambil mendoakan kebaikan buat semua.

“Terima kasih buat semua yang doakan papa. Moga yang baik juga buat kalian… amin.

“Ingat zaman di sekolah sahaja kena ejek nama bapa, dah besar pun kena. Daripada orang tua pula itu… harap tak kena lagi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN