Tiada niat mahu buka aib sesiapa, sudah setahun saya bersabar - Uqasha Senrose

Tiada niat mahu buka aib sesiapa, sudah setahun saya bersabar – Uqasha Senrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Uqasha Senrose akhirnya membuka sedikit ruang mengenai kemelut rumah tangganya bersama suami yang juga pelakon, Kamal Adli, selepas memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.

Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, keputusan untuk berpisah bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya selepas tempoh panjang berusaha mempertahankan rumah tangga mereka demi anak tercinta.

“Bersabar untuk anak? Ya, kerana anaklah saya bertahan selama setahun,” katanya dalam satu siaran di TikTok.

Bintang filem Bisikan Dosa itu mengakui rumah tangganya dilanda badai hebat, namun menganggap segala yang berlaku sebagai ujian daripada Allah SWT.

Katanya,dia enggan membuka aib sesiapa dan memilih untuk berdiam diri serta menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi.

“Betul ini dugaan untuk diri saya. Sudah bahagian saya begini. Setiap manusia tidak akan henti diuji, cuma bentuk ujiannya berbeza.

“Dah terlalu masak dan terlampau masak, terserah kepada kalian (netizen). Saya tidak pernah berniat mahu membuka aib sesiapa. Mata saya pun sampai nampak lain sebab banyak menangis,” ujarnya.

Sementara itu, mahkamah menetapkan 28 Oktober ini sebagai tarikh baharu prosiding kes perceraian berkenaan selepas pihak defendan, Kamal, tidak hadir pada prosiding pertama yang dijalankan semalam.

Difahamkan, Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, dengan alasan tiada lagi persefahaman antara pasangan.

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, berusia setahun enam bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN