Siti Saleha bakal timang anak lelaki

Siti Saleha bakal timang anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Siti Saleha mengumumkan dia dan suami, Joshua Fitton bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Saleha berkongsi khabar gembira itu menerusi sebuah hantaran video di Instagram ketika melangsungkan majlis Mitoni atau mandi bunga mengikut tradisi Jawa, baru-baru ini.

“Alhamdulillah majlis Mitoni (mandi bunga) dan pendedahan jantina bayi berjalan dengan lancar.

“Kami bakal menimang cahaya mata lelaki,” katanya.

Dalam masa sama, pasangan yang mengenakan baju putih bersama kain batik ala Jawa itu turut disambut meriah oleh keluarga dan kenalan rapat dalam majlis intim berkenaan.

Teruja dengan khabar gembira tersebut, perkongsian pelakon drama 7 Hari Mencintaimu itu telah dihujani ucapan tahniah serta daripada warganet serta rakan selebriti di ruangan komen.

“Syukur Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segalanya,” komen pelakon Sharifah Amani.

“Tahniah Saleha dan Joshua! Tak sabar nak tengok bayi nanti,” komen seorang netizen.

“Tahniah buat Siti Saleha dan suami yang bakal timang anak lelaki. Saya doakan segala urusan dipermudahkan dan bahagia selamanya,” kata seorang pengguna media sosial.

Sebelum ini, Saleha mengumumkan dirinya bakal berehat panjang selepas selesai menjalani penggambaran drama Bad Cop untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap fasa kehamilan.

Difahamkan, kini usia kandungannya sudah memasuki enam bulan.

Saleha sah bergelar isteri kepada pereka fesyen Joshua Fitton pada Februari lalu selepas tiga tahun bercerai.

Terdahulu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar 28 Julai 2017 dan bercerai selepas empat tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN