Selalunya saya buat penonton menangis, kali ini mahu mereka ketawa pula- Kevin Ardilova - Utusan Malaysia

Selalunya saya buat penonton menangis, kali ini mahu mereka ketawa pula- Kevin Ardilova

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:Pelakon Indonesia, Kevin Ardilova mengakui mencuba untuk keluar daripada zon selesanya apabila menerima tawaran membawakan watak komedi menerusi filem terbaharu berjudul Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih.

Menurut Kevin atau nama sebenarnya Kevin Ichwal Ardilova, 26, selepas membintangi lebih 20 filem bergenre serius,dia melihat peluang tersebut sebagai satu cabaran baharu untuk memperlihatkan sisi berbeza dalam lakonannya.

“Saya sudah melakonkan lebih kurang 20 buah filem dan kebanyakannya adalah cerita serius. Ini kali pertama saya membawa watak komedi.

“Biasanya saya buat orang menangis atau berfikir mendalam, jadi tiga hari pertama di set penggambaran agak mencabar kerana bimbang watak ini tidak menjadi,” katanya yang membawakan watak Darian dalam filem berkenaan.

Selain itu, Kevin bersyukur kerana dibimbing oleh pengarah berpengalaman, Benni Setiawan, yang terkenal dengan karya berunsur komedi.

Selain itu, dia turut mendapat tunjuk ajar daripada penulis skrip tersohor, Garin Nugroho.

“Pak Benni banyak membantu kami di set, apatah lagi beliau juga orang Sunda. Banyak ilmu dan gaya penyampaian komedi yang saya pelajari daripadanya.

“Saya menerima tawaran ini kerana mahu mencabar diri keluar daripada zon selesa. Selama ini saya buat penonton menangis, kali ini saya mahu mereka ketawa pula,” ujarnya.

Kevin turut berkongsi pengalamannya bertutur dalam bahasa Sunda buat pertama kali sepanjang penggambaran, sesuatu yang diakui bukan mudah.

“Saya risau orang Sunda tidak berpuas hati dengan sebutan saya, tapi alhamdulillah ramai yang memuji dan menyambut baik lakonan saya,” katanya.

Mengakhiri bicara, Kevin berharap karya terbaharu ini turut mendapat tempat di hati penonton Malaysia, selain menghiburkan mereka dengan jalan cerita yang dekat dengan masyarakat.

Filem Dilanjutkan Salah, Disudahi Perih yang mula ditayangkan di pawagam tempatan pada 2 Oktober lalu turut menampilkan pelakon hebat seperti Mikha Tambayong, Tissa Biani dan Ibrahim Risyad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN