Rakyat Malaysia tali barut Israel adalah pengkhianat negara’ - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia tali barut Israel adalah pengkhianat negara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Rakyat Malaysia yang sanggup jadi tali barut Israel adalah pengkhianat sebenar negara dan bodoh!”

Demikian kata pelakon, Mimi Lana, atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin,30, yang mengecam tindakan segelintir rakyat Malaysia yang masih menjadi tali barut kepada rejim Israel.

Dalam hantarannya di Threads, hari ini, Mimi menyifatkan individu yang sanggup bersekongkol dengan pihak musuh sebagai pengkhianat sebenar negara dan tidak tahu erti bersyukur.

“Demi sedikit habuan yang tak seberapa, sanggup korbankan maruah dan tanah air sendiri. Tak reti bersyukur betul dapat hidup di Malaysia yang aman damai ini,” katanya.

Tegas pelakon filem Magik Rompak itu, tindakan menjual prinsip demi keuntungan duniawi tidak akan membawa berkat.

Malah, katanya, pengkhianatan sebegitu tidak akan mampu disembunyikan dan dimaafkan selama-lamanya.

“Jangan fikir kau akan hidup aman sebab pengkhianatan tidak akan dapat bersembunyi selamanya. Semoga hukuman paling berat menanti setiap pengkhianat ni,” tegasnya.

Rata-rata warganet menyokong kenyataan lantang pelakon itu, malah ramai turut berkongsi semula hantaran tersebut sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan Palestin.

Dalam pada masa yang sama, rakan selebriti lain turut menzahirkan sokongan terhadap Palestin dan meminta agar rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kesejahteraan buat saudara disana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN