Raisa tuntut cerai dari Hamish Daud

Raisa tuntut cerai dari Hamish Daud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa Andriana, memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, pelakon dan aktivis alam sekitar, Hamish Daud.

Permohonan cerai itu didaftarkan di Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Rabu lalu (22 Okt 2025).

Jurucakap Mahkamah Agama Jakarta Selatan, Abid M.H., mengesahkan perkara berkenaan ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Menurut Abid, Raisa mengemukakan tuntutan cerai itu melalui sistem e-Court, manakala prosiding pertama dijadualkan berlangsung pada 3 November 2025.

“Sidang perdana akan diadakan pada 3 November nanti,” jelasnya ringkas.

Sejak awal hubungan mereka terjalin, pasangan ini sering menjadi perhatian umum. Dari detik lamaran hingga ke hari pernikahan, Raisa dan Hamish dianggap pasangan ideal yang jauh daripada kontroversi.

Majlis perkahwinan mereka berlangsung meriah pada 3 September 2017 di Hotel Ayana Midplaza, Jakarta Pusat.

Selepas berkahwin, Raisa terus aktif dalam bidang muzik, manakala Hamish kekal aktif sebagai pelakon dan pejuang alam sekitar.

Kedua-duanya sering tampil bersama di pelbagai acara, termasuk majlis amal dan karpet merah.

Namun, ketika berita kehamilan Raisa tersebar, penyanyi jelita itu mula memperlahankan aktivitinya di pentas seni.

Pada November 2018, Raisa mengadakan konsert Fermata, yang melambangkan masa rehatnya sementara daripada dunia hiburan.

Beberapa bulan kemudian, pada 12 Februari 2019, Raisa selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, Zalina Raine Wyllie.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN