Kita seluruh negara berjaya ‘break the silence’ - Ardell Aryana

Kita seluruh negara berjaya ‘break the silence’ – Ardell Aryana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, menzahirkan penghargaan tidak terhingga kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa berdiri teguh menyokong perjuangan rakyat Palestin serta misi kemanusiaan yang kini sedang dijalankan di bumi bergolak itu.

Menerusi hantaran di laman sosial miliknya, Ardell meluahkan rasa syukur dan terharu atas sokongan padu rakyat Malaysia sama ada yang hadir ke perhimpunan solidariti mahupun yang terus mendoakan dari jauh.

“Alhamdulillah, ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, yang hadir dan tidak hadir untuk menyambut tetapi tetap mendoakan kami, juga saudara-saudara kita di Gaza dan peserta flotilla yang kini masih berjuang,” ujarnya.

Selain itu, Ardell mengakui walaupun usaha untuk ‘memecah kepungan’ mungkin belum berjaya sepenuhnya, namun kejayaan sebenar ialah apabila rakyat bersatu ‘memecah kebisuan’ dengan menyuarakan sokongan kepada perjuangan kemanusiaan.

“Kita semua berjaya break the silence untuk memberi tekanan demi tekanan, kerana kuasa suara lebih hebat apabila kita bersatu,” katanya lagi dengan penuh semangat.

Dalam pada itu, Ardell turut memaklumkan bahawa pengumuman mengenai misi kemanusiaan seterusnya dijangka akan dibuat pada majlis di Axiata Arena, Bukit Jalil, selepas waktu Maghrib hari ini.

“Misi ini belum selesai. Ini hanyalah permulaan. Teruskan melaungkan suara kita demi Palestin, demi maruah agama, bangsa dan kemanusiaan,” tegasnya.

Pada Sabtu lalu, kesemua 23 sukarelawan GSF dibebaskan selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu dalam misi menghantar bantuan ke Gaza.

Kesemua 23 sukarelawan selamat tiba di KLIA pada pukul 10.13 malam tadi dari Instanbul, Tukri selepas dibebaskan daripada tahanan rejim Zionis

Kesemua 23 sukarelawan termasuk selebriti seperti Ardell, Zizi Kirana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi merupakan sebahagian daripada lebih 500 sukarelawan dari beberapa buah negara yang turut berlayar sejak September lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN