Kahwin atau solo? Yang tahu, tahulah - Irma Hasmie - Utusan Malaysia

Kahwin atau solo? Yang tahu, tahulah – Irma Hasmie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL : Solo atau sudah berumah tangga, pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, bagaimanapun memilih untuk tetap mengunci mulut berhubung perkara berkenaan.

Bagi pelakon berusia 43 tahun itu, hal tersebut bukan menjadi keutamaannya memandangkan dia percaya apa pun penjelasan yang diberikan, ia tetap akan menjadi buah mulut orang.

“Saya minta maaf, bab peribadi saya lebih selesa untuk tidak menjawab. Saya tahu ramai tanya. Walaupun orang tanya secara peribadi atau melalui WhatsApp sekalipun, saya tetap berpegang pada pendirian yang sama. Bagi saya, lebih adil begitu.

“Saya rasa sama sahaja, kalau saya beritahu pun, orang akan tetap bercakap. Jadi lebih baik saya berdiam diri.

“Mengenai hal ini (status), saya rasa bukanlah untuk diuar-uarkan kepada umum. Bagi saya, yang tahu, tahulah,”katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Majlis Tayangan filem Hayya 3: Gaza di Pavillion Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Sementara itu, ditanya mengenai mengapa keputusan merahsiakan status itu dibuat, Irma berkata, dia bimbang akan menimbulkan pelbagai tafsiran selain mahu menjaga hati banyak pihak.

“Saya pilih untuk diam sebab bila bercakap pun, nanti jadi sukar. Akan timbul pelbagai tafsiran dan andaian.

“Keluarga saya pun kena jaga, bukan sekadar anak-anak, tapi juga keluarga besar saya. Emak dan ayah dah tiada, jadi saya kena fikir juga tentang ibu, ibu saudara dan bapa saudara serta keluarga sebelah sana. Saya tak nak membebankan mereka dengan isu-isu peribadi saya.

“Tentang spekulasi orang, benda itu memang tak boleh dielak. Zaman sekarang, apa pun kita buat, orang tetap akan bercakap. Jadi lebih baik saya jaga percakapan dan elakkan fitnah,”ujarnya.

Untuk rekod, Irma pernah mendirikan rumah tangga dengan Redza Syah Azmeer pada 2012.

Pasangan itu dilaporkan berpisah sekitar Disember 2023 sebelum mengumumkan kepada khlayak enam bulan kemudian.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syed Irfha,12 dan Irma Nur Naylie,11 yang kini berada di bawah jagaan Erma.

Redza kemudian mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Nur Hafiza Mohd Salim pada April 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN