Juara Talk To My Manager milik Marsya, Liza Hanim - Utusan Malaysia

Juara Talk To My Manager milik Marsya, Liza Hanim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Tangisan kegembiraan mengiringi Marsya Qistina dan penyanyi, Liza Hanim yang bergelar pengurusnya ketika diumumkan sebagai Juara program realiti, Talk To My Manager (TTMM) malam tadi.

Berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), kemenangan itu sekali gus menyaksikan Marsya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi.

Membawakan lagu… menewaskan Thalita dan pengurusnya, Shuib, yang berpuas hati berada di tempat kedua dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 serta trofi.

Sementara itu, berada di tangga ketiga ialah Audra dan pengurusnya, Sharifah Shahirah yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.

Shahirah juga telah memenangi kategori Gempak Most Valuable Manager yang membawa pulang hadiah berupa baucer membeli-belah di Pavilion Bukit Jalil berjumlah RM2,000.

Berada di kedudukan keempat ialah Ammar dan pengurusnya, Ameng serta kelima ialah Hadie dan Ina Naim yang menyaksikan mereka membawa wang tunai RM5,000 serta trofi.

Dalam pada itu, tempat keenam dimiliki oleh Amad dan Siti Saerah yang membawa pulang wang tunai RM3,000 serta trofi.

Program TTMM disertai oleh Siti Saerah & Amad, Ameng & Ammar, Sharifah Shahirah & Auddra, Shuib & Thalita, Sharifah Zarina & Athalia, Ina Naim & Hadie, Aziz M. Osman & Ara serta Liza Hanim & Marsya

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri ternama yang terdiri daripada Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal.

Berlangsung selama 7 minggu, konsert Talk To My Manager bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari auditorium MBSA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN