Joe Flizzow diiktiraf Ikon Belia Johor - Utusan Malaysia

Joe Flizzow diiktiraf Ikon Belia Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi rap terkemuka tanah air, Joe Flizzow, mencatat sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan sebagai Ikon Belia Johor (Penggiat Seni) sempena Anugerah Sukan Johor ke-31 (ASJ31).

Anugerah berprestij ini disampaikan bersempena majlis pelantikan ikon belia negeri Johor, sebagai tanda penghormatan kepada sumbangannya terhadap dunia seni, budaya, dan pembangunan anak muda.

Dikenali sebagai penyanyi, penulis lagu, penerbit muzik dan usahawan, Joe Flizzow merupakan figura penting yang bukan sahaja mengangkat martabat muzik hip-hop Malaysia, malah menjadi inspirasi generasi muda untuk terus berkarya serta berani menembusi batasan.

Terbaru, Joe Flizzow kembali dengan single terbarunya berjudul Berlian, sebuah karya yang menampilkan lirik penuh motivasi dan mesej inspirasi buat generasi muda.

Lagu ini membuktikan bahawa Joe terus konsisten menghasilkan karya segar dan relevan, selari dengan kedudukannya sebagai salah seorang ikon hip-hop paling berpengaruh di rantau ini.

Pengiktirafan ini menjadi satu lagi pencapaian bermakna buat Joe Flizzow, yang tidak hanya dikenali sebagai ikon seni, tetapi juga seorang pemimpin industri dan usahawan berjaya.

Melalui karya muzik, perniagaan, dan platform pembangunan bakat, dia terus membuktikan bahawa seni mampu menjadi wahana untuk perubahan positif dalam masyarakat.

“Pengiktirafan ini bukan sahaja penghormatan kepada saya secara peribadi, tetapi juga kepada seluruh anak muda Johor yang berani bermimpi dan berusaha mencapai kejayaan dalam apa jua bidang,” kata Joe dalam satu kenyataan.

Penganugerahan ini sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Joe Flizzow sebagai salah seorang figura paling berpengaruh dalam dunia seni dan belia.

Bukan sahaja di Johor, malah di peringkat antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN