Foto bercium dengan Dayang Areeda, Hazeeq Deen kata dia tidak tahu

Foto bercium dengan Dayang Areeda, Hazeeq Deen kata dia tidak tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon baharu, Hazeeq Deen menafikan mempunyai sebarang pengetahuan berhubung foto tular yang didakwa memaparkan dirinya bersama pelakon Dayang Areeda bercium di sebuah photobooth, sejak Ogos lalu.

Hazeeq atau nama sebenarnya Mohamad Haziq Nazimuddin, 28, berkata, dia memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut mengenai perkara tersebut bagi menjaga privasi semua pihak yang terlibat.

“Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang isu yang tular ini.

“Sejak bergelar pelakon, saya lebih memberi tumpuan kepada kerjaya lakonan drama, filem serta perniagaan yang sedang berkembang,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama Safira (Bukan Nama Sebenar) di Pavilion Damansara Heights, semalam.

Menurut Hazeeq, dia kini lebih selesa memberi fokus terhadap perkara positif dan kerjaya seni tanpa mahu terbabit dalam sebarang isu sensasi.

“Saya hanya mahu beri tumpuan kepada perkara yang memberi manfaat, seperti memperbaiki mutu lakonan.

“Apa-apa yang tular bukan hak saya untuk komen. Kita tidak boleh menghalang orang daripada berkata atau menyebarkan sesuatu,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Hazeeq berkata, dia enggan menafikan mahupun mengiyakan dakwaan yang berlegar di media sosial, sebaliknya menyerahkan kepada masyarakat untuk menilai sendiri.

Dalam pada itu, pelakon tersebut turut enggan mengulas mengenai status hubungan cintanya dengan Dayang Areeda, dengan alasan perkara tersebut terlalu peribadi untuk dikongsi secara umum.

“Soal hubungan cinta adalah terlalu peribadi. Jika sampai waktunya, saya sendiri akan berkongsi.

“Buat masa ini, saya memilih untuk menjaga privasi. Kalau ada yang mahu mengiyakan, itu terpulang kerana ia bukan keluar daripada mulut saya,” katanya.

Terdahulu, foto yang didakwa memaparkan dua pelakon itu melakukan aksi mesra di sebuah photobooth di pusat membeli-belah tular di media sosial selepas ditemui secara tidak sengaja oleh orang awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN