Berehat dari aktiviti seni, peminat syak Nissa Sabyan sedang hamil

Berehat dari aktiviti seni, peminat syak Nissa Sabyan sedang hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Vokalis kumpulan muzik popular Indonesia, Sabyan Gambus, iaitu Nissa Sabyan, mengumumkan bahawa kumpulannya akan berehat seketika daripada aktiviti seni.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh penyanyi berusia 26 tahun itu menerusi hantaran di laman Instagram peribadinya semalam.

Dalam hantaran berkenaan, Nissa turut memuat naik beberapa keping gambar bersama ahli serta kru kumpulan tersebut.

Menurut Nissa, setiap karya Sabyan Gambus tidak akan terhasil tanpa sokongan dan tenaga semua yang terlibat di belakang tabir.

“Kami mungkin kelihatan penat, namun keceriaan ini tanda kami menikmati setiap proses. Bersama, kami bukan sekadar pasukan, tetapi keluarga yang saling menguatkan,” katanya dalam kapsyen hantaran itu.

Suami kepada pemuzik kumpulan tersebut, Ayus Sabyan atau nama sebenarnya Ahmad Fairuz, turut merakamkan ucapan penghargaan dan perpisahan kepada semua yang telah menjadi sebahagian perjalanan mereka.

“Terima kasih sudah menjadi bahagian tak terpisahkan dari perjalanan ini,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, Sabyan Gambus turut mengumumkan bahawa mereka akan mengambil tempoh hiatus, namun tidak menyatakan tempoh masa yang ditetapkan.

“Ini bukan pengakhiran, tetapi jeda yang manis, tanda kami bersedia melangkah ke babak seterusnya. Sepuluh tahun bukan waktu yang singkat, penuh tawa, haru, dan pelajaran,” ujarnya.

Bagaimanapun, pengumuman tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Sebahagian daripada mereka berpendapat tempoh rehat itu mungkin disebabkan Nissa kini hamil, susulan penampilannya yang dilihat memakai pakaian longgar ketika membuat persembahan di Cianjur, Jawa Barat.

Untuk rekod, nama Nissa pernah terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Ayus dan bekas isterinya, Ririe Fairus, yang bercerai pada tahun 2021.

Pada November tahun lalu, Ririe memuat naik kenyataan bahawa bekas suaminya kini telah mempunyai kehidupan baharu. Susulan itu, timbul spekulasi bahawa Ayus dan Nissa telah bernikah, yang kemudian disahkan oleh Kepala KUA Pondok Gede, Ahmad Sumroni.

“Pernikahan berlangsung di rumah Nissa di Jatiwaringin, pada 4 Julai 2024, selepas semua syarat dipenuhi,” katanya ketika dihubungi media pada 21 November 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN