Alif Satar mahu siar semula vlog penjara, pesan remaja jangan leka ikut budaya ganas - Utusan Malaysia

Alif Satar mahu siar semula vlog penjara, pesan remaja jangan leka ikut budaya ganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Akibat jenayah buli dan menyebabkan kematian orang lain, lapan orang ini dipenjara dan hilang masa depan,”

Penyanyi dan pelakon, Alif Satar,35, berkongsi semula kisah pengalamannya di dalam penjara beberapa tahun lalu, yang memaparkan kehidupan sebenar salah seorang banduan akhir.

Menerusi perkongsian di Threads, Alif berkata video tersebut pada asalnya dimuat naik di saluran YouTube miliknya, namun kini diarkibkan bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa serta pihak yang terlibat.

“Kalau budak-budak yang acah nak jadi gangster, kecil-kecil dah nak merogol tengok kehidupan sebenar dalam penjara yang menakutkan itu, mesti mereka akan mula ‘berfikir’ dan berubah.

“Ada seorang banduan pernah kata, kalau dapat kipas tangan pun dah cukup bersyukur sambil menangis dia cakap macam itu pada aku. Itu adalah pengalaman paling menakutkan yang pernah aku alami.

“Banyak lagi bahagian yang aku tidak dapat kongsi kepada umum selepas pihak penjara minta beberapa babak disunting, tetapi aku percaya mesej utama video itu wajar disampaikan semula kepada masyarakat lebih-lebih lagi pelajar sekolah,”katanya.

Penyanyi Sesungguhnya Aku itu turut memaklumkan dia berhasrat untuk menyiarkan semula kandungan berkenaan kerana mesej yang dibawanya dianggap penting untuk tontonan pelajar sekolah.

Menurutnya, pengalaman berada di dalam Penjara Sungai Buloh selama beberapa jam bagi tujuan rakaman itu meninggalkan kesan mendalam, malah dianggap antara pengalaman paling menakutkan pernah dilaluinya.

Terdahulu, tular isu empat pelajar lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol secara bergilir-gilir di sebuah sekolah menengah dan tetap akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan bermula pada 3 November depan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, walaupun kes masih dalam siasatan polis, namun hak pelajar untuk menduduki peperiksaan tetap dipelihara selaras dengan prinsip pendidikan untuk semua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN