Zizi Kirana seloroh lupa diri seorang penyanyi - Utusan Malaysia

Zizi Kirana seloroh lupa diri seorang penyanyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Genap 22 hari berlayar di lautan menuju ke Gaza, penyanyi rap tanah air, Zizi Kirana, berseloroh bahawa dia seakan-akan sudah lupa statusnya sebagai seorang penyanyi.

Dalam satu hantaran di media sosial, Zizi berkongsi perbualan santai bersama pengurusnya, Farah Rizan, mengenai jemputan beberapa acara di tanah air.

“Semalam video call dengan pengurus borak-borak pasal misi kemanusiaan ini Global Sumud Flotilla (GSF) lepas itu dia tanya, agak-agak bila balik Malaysia sebab ada beberapa acara nak jemput saya untuk buat persembahan.

“Tapi serius saya tak ada jawapan. Saya cuma jawab ‘Insya-Allah’.

“Saya dah lupa macam mana nak beraksi atas pentas! Saya lupa saya penyanyi,” katanya berseloroh.

Dalam pada itu, Zizi sempat menzahirkan penghargaan buat pengurusnya itu yang sentiasa berada di sisi.

“Terima kasih pengurusku kerana selalu ada bersama susah dan senang. Love you!” tulisnya lagi.

Sementara itu, ruang komen hantaran berkenaan dihujani kerinduan para peminat yang ternanti-nanti kemunculan semula penyanyi berjiwa besar itu.

“Rindu Zizi. Rindu suara serak basah Zizi. Kami tunggu Zizi dan semua team balik dengan selamat,” tulis seorang pengikut.

“Semoga dipermudah segala urusan.dah sampai di Gaza jangan lupa menyanyi untuk menghiburkan anak-anak Gaza.sampaikan salam peluk dan cium kami buat rakyat Palestin,” tulis seorang lagi peminatnya.

Zizi adalah antara sebahagian daripada lebih 30 rakyat Malaysia termasuk pengamal media Zainal Rashid Ahmad, personaliti media sosial, Farah Lee serta selebriti tanah air, Ardell Aryana yang menyertai misi berkenaan.

Misi GSF kali ini menghimpunkan aktivis dari seluruh dunia termasuk Malaysia dengan tujuan menghantar bantuan terus kepada rakyat Palestin yang terkepung di Semenanjung Gaza.

Mereka bersama ramai sukarelawan lain, menyertai GSF iaitu satu usaha kemanusiaan antarabangsa bertujuan memecahkan sekatan laut Israel ke atas Gaza dan menyampaikan bantuan.

Usaha yang dilancarkan pada pertengahan tahun ini diketuai masyarakat awam yang terdiri daripada pelbagai latar kerjaya seperti doktor dengan satu matlamat iaitu menyampaikan sejumlah bekalan bantuan seperti makanan dan ubatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN