Uyaina Arshad takut bersalin secara pembedahan buat kali ketiga - Utusan Malaysia

Uyaina Arshad takut bersalin secara pembedahan buat kali ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Bila duduk seorang diri, teringat ketakutan ketika mahu bersalin. Saya sudah dua kali bersalin caesar.”

Demikian luahan pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang mengakui takut untuk melalui sekali lagi proses pembedahan Caesar atau C-section untuk menyambut kelahiran cahaya mata ketiganya tidak lama lagi.

Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, berkata, setiap kali ditolak masuk ke dewan pembedahan untuk melahirkan merupakan momen paling tinggi tawakalnya terhadap Sang Pencipta.

“Pertama sebab kecemasan dan kedua sebab dah rancang, sama seperti yang ketiga. Tiga kali perut akan dibedah.

“Bila ditolak atas katil, itu adalah momen tawakal paling tinggi untuk saya. Rasa macam nak pergi berperang,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Dalam hantaran sama, bekas pengacara Wanita Hari Ini itu berpendapat setiap kaedah bersalin sama ada normal atau pembedahan mempunyai risikonya yang tersendiri terhadap ibu dan bayi.

“Bersalin ini, tak kisah cara normal atau bedah, ianya 50/50. Dan ketakutan itu adalah benar.

“Hanya mampu berdoa dan berserah semoga segalanya berjalan lancar. Itu saja yang boleh dilakukan,” jelasnya.

Pada Ogos lalu, Uyaina mengumumkan dia dan suami, Raja Syahiran bakal menimang cahaya mata ketiga.

Uyaina dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 serta dikurniakan dua cahaya mata Raja Urhan, 3 dan Raja Urayyan yang kini berusia setahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN