Transgender, dia hanya 'sparring partner' - Hariz Hamdan

Transgender, dia hanya ‘sparring partner’ – Hariz Hamdan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon baharu, Hariz Hamdan, 23, menegaskan, dia tidak menilai atau mudah menghukum sesiapa termasuk golongan transgender.

Sebalikya, kata Hariz, dia melihat kepada hati budi dan sikap baik yang dimiliki seseorang.

“Semua manusia ada baik dan buruk. Saya tak menilai golongan itu atau sesiapa sahaja. Asalkan mereka manusia dan berhati baik, itu sudah memadai,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran aplikasi Karya Reels di Aurum Theatre, The Exchange TRX, di sini, kelmarin.

Hariz berkata demikian ketika menjawab pertikaian beberapa pihak berhubung pembabitannya dalam drama kontroversi Pondan Ini yang menampilkan pelakon transgender sebagai watak utama.

Menurut Hariz, pada awalnya, dia agak janggal bergandingan dengan pelakon berkenaan, namun selepas berkenalan dan wujud keserasian, keadaan menjadi lebih mudah.

“Kalau ada yang tanya saya selesa atau tidak berlakon dengan transgender, saya jawab tiada masalah. Mereka juga manusia sama seperti kita.

“Memang dalam cerita ada adegan panas. Awalnya saya tak selesa, tetapi dengan bantuan pengarah Amor Rizan serta selepas ada keserasian, ia bukan lagi isu besar. Saya hanya anggap gandingan itu sebagai ‘sparring partner’,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Hariz berkata, dia turut membuat kajian mengenai golongan transgender bagi memahami latar belakang dan kehidupan mereka sebelum menerima tawaran berkenaan.

“Ini kali pertama saya berlakon bersama pelakon transgender. Saya terima tawaran kerana tertarik dengan mesej yang ingin disampaikan. Saya baca skrip terlebih dahulu, bukan main terima saja.

“Walaupun saya tiada keluarga atau saudara-mara transgender, saya ambil inisiatif untuk membuat kajian termasuk berkaitan ubat-ubatan serta cara hidup mereka. Ia membantu saya menghayati watak dengan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, penerbit drama berkenaan, Erma Fatima sebelum ini menjelaskan pemilihan pelakon transgender sebenar dibuat untuk memberi gambaran lebih realistik selain berharap penonton melihat daripada sudut positif.

Drama Pondan Ini arahan Amor Rizan merupakan antara karya terbaharu terbitan Erma yang bakal ditayangkan menerusi aplikasi Karya Reels.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN