Saya mahu karya dikenali kerana ia bagus, bukan tular yang tidak baik - Tam Suhaimi - Utusan Malaysia

Saya mahu karya dikenali kerana ia bagus, bukan tular yang tidak baik – Tam Suhaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Pelakon dan pengarah, Tam Suhaimi, 46, menegaskan, dia tidak pernah berhasrat mencipta sensasi semata-mata untuk menarik perhatian penonton.

Sebaliknya, kata Tam, dia mahu setiap karyanya dikenang kerana mutu dan jalan cerita yang berkualiti sekali gus diterima ramai.

Ini kerana, bagi Tam, karya seni yang baik mampu berdiri dengan sendiri tanpa perlu diselitkan adegan melampau atau panas seperti aksi ranjang atau babak bercium.

“Kalau saya perlu masukkan adegan cium semata-mata untuk tarik perhatian penonton, itu bermakna saya sendiri tidak percaya dengan karya saya.

“Sebagai pengkarya kita kena berpada-pada dan yakin dengan jalan cerita yang diketengahkan,” katanya ketika ditemui pada acara Viu Royal Night di W Factory, di sini, baru-baru ini.

Tambah Tam lagi, dia juga enggan dilabel sebagai pengarah penuh kontroversi yang hanya bergantung kepada isu murahan untuk dikenali.

“Sejak awal lagi, saya jarang dikaitkan dengan kontroversi. Saya tidak mahu orang ingat saya kerana perkara yang tidak baik atau hanya kerana viral.

“Saya mahu dikenali kerana menghasilkan karya yang bagus serta meninggalkan nilai kepada penonton,” ujarnya.

Dalam pada itu, Tam yang juga pernah membintangi beberapa drama popular itu berharap penggiat seni tanah air lebih memberi tumpuan terhadap naskhah berkualiti dan bukannya mencari jalan pintas dengan menonjolkan babak sensasi semata-mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN