Rumah D4vd digeledah, polis kenal pasti identiti mayat reput - Utusan Malaysia

Rumah D4vd digeledah, polis kenal pasti identiti mayat reput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) terus giat menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat reput di dalam sebuah kereta Tesla yang pernah dimiliki penyanyi rap, David Anthony Burke atau lebih dikenali sebagai D4vd.

Menurut laporan ABC News semalam, polis melakukan penggeledahan di sebuah rumah di kawasan Hollywood Hills yang pernah didiami artis berkenaan.

Dalam operasi itu, Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) membawa keluar beberapa barangan bukti termasuk sebuah komputer untuk dianalisis.

“Penyiasatan ini masih berjalan. Pihak penyiasat sedang meneliti beberapa petunjuk baharu,” kata kenyataan rasmi LAPD.

Penggeledahan tersebut dilakukan sehari selepas identiti mayat reput itu dikenal pasti sebagai Celeste Rivas, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dari Lake Elsinore, Riverside County.

Mayat Celeste ditemui pada 8 September lalu di bahagian but kereta Tesla milik D4vd yang diparkir di kawasan Hollywood Hills.

Berdasarkan laporan forensik, remaja itu memiliki ketinggian kira-kira 175 sentimeter, berambut hitam dan ketika ditemui memakai tube top, legging hitam, gelang logam kuning serta sepasang subang.

Pihak berkuasa turut mengesahkan mangsa mempunyai tatu di jari telunjuk kanan bertulisan “Ssst…” dengan dakwat merah. Menurut ibu Celeste, tatu itu memang dibuat khas oleh anaknya.

Tatu tersebut pernah dipopularkan oleh penyanyi antarabangsa, Rihanna pada 2008 dan kemudiannya diikuti beberapa selebriti lain termasuk Lindsay Lohan dan Lily Allen.

Menariknya, D4vd sendiri hanya mula mempamerkan tatu serupa pada jarinya sekitar September 2024.

Celeste dilaporkan hilang sejak April 2024 dari Lake Elsinore. Ibunya sejak awal percaya mayat yang ditemui dalam Tesla itu adalah anak gadisnya.

Menurut ibunya lagi, Celeste dikatakan pernah menjalin hubungan dengan seorang individu bernama David, namun pihak polis masih menyiasat siapakah dalang sebenar dalam kes tragis ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN