Pengiktirafan untuk usahawan tempatan - Utusan Malaysia

Pengiktirafan untuk usahawan tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, Anugerah Nanyang Emerging Icon dianjurkan untuk mengiktiraf usahawan muda dan jenama ikonik tempatan.

Mengangkat tema ‘Mencipta Kecemerlangan, Menerajui Masa Depan’, anugerah yang berlangsung Januari depan ini bukan pengiktirafan semata-mata, malah platform strategik yang menghubungkan usahawan tempatan dan global.

Penyelarasnya, Dr. Charmaine Loh, berkata anugerah tersebut kini dibuka untuk penyertaan, memberi peluang usahawan muda serta syarikat berpotensi tinggi menerima pengiktirafan berprestij di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Usahawan hari ini adalah ikon masa depan dan suara mereka wajar diberi perhatian, diingati dan dicontohi.

“Buat julung kalinya, anugerah ini dianjurkan oNanyang Icon Holdings dengan sokongan media rasmi akhbar Nanyang Siang Pau.
untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam kepimpinan perniagaan, inovasi, tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta kekuatan jenama yang berpengaruh,” katanya.

Anugerah Nanyang Emerging Icon terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu individu, kategori CSR dan inovasi jenama serta kategori tertinggi.

Kategori individu merangkumi tiga anugerah iaitu Nanyang Young Entrepreneur of the year (menghargai usahawan berusia bawah 40 tahun yang berpotensi besar, inovatif dan berpengaruh); Nanyang Male Entrepreneur of the year (mengiktiraf tokoh lelaki dengan kepimpinan dan sumbangan luar biasa dalam industri) dan Nanyang Female Entrepreneur (penghormatan kepada wanita pemimpin yang berani, berwawasan dan membawa impak sosial).

Kategori CSR dan inovasi jenama pula terbahagi kepada lima anugerah iaitu CSR Icon Award (syarikat yang menyerlah di dalam bidang komuniti, pendidikan dan tanggungjawab sosial); Technology & Digital Icon Award (organisasi yang berjaya melalui inovasi teknologi dan transformasi digital) dan Innovation Icon Award (perniagaan yang menerajui produk, model atau perkhidmatan baharu).

Dua kategori lain adalah Brand Icon Award (jenama dengan pengaruh pasaran tinggi dan nilai jangka panjang) dan Culture Icon Award (syarikat yang memartabatkan warisan dan budaya serantau ke peringkat global).

Kategori tertinggi pula terbahagi kepada dua anugerah iaitu Business Icon Award (pengiktirafan kepada syarikat paling berwibawa sebagai penanda aras semangat niaga Nanyang) dan Entrepreneur Icon Award (anugerah individu tertinggi kepada usahawan dengan visi merentasi generasi).

Charmaine berkata penerima anugerah secara automatik menjadi sebahagian rangkaian eksklusif Nanyang Icon Circle yang terbahagi kepada empat kumpulan elit.

Antaranya Star Class (personaliti awam, KOL dan pemimpin berpengaruh) dan Rising Icon (syarikat dengan pendapatan tahunan RM1 juta hingga RM10 juta).

Dua lagi kumpulan adalah Entrepreneur Circle (syarikat berkembang dengan pendapatan RM10 juta hingga RM30 juta) dan Titan Council (kumpulan elit usahawan dengan pendapatan melebihi RM30 juta).

Menerusi penyertaan, pemenang bukan sahaja menerima pengiktirafan rasmi dan liputan media, malah berpeluang mengikuti program mentor, jaringan eksklusif serta akses kepada pelbagai peluang pelaburan dan kolaborasi strategik.

Peserta perlu melayari laman sesawang www.nanyangaward.com atau menerusi emel iaitu [email protected] untuk mendaftarkan penyertaan mereka.

Mereka perlu memilih kategori (individu atau syarikat), melengkapkan borang penyertaan rasmi dan membuat pembayaran serendah RM2,000 (tidak termasuk SST).

“Sekiranya tidak berjaya, peserta tetap akan menerima pakej media promosi bernilai sama sebagai tanda sokongan,” ujar Charmaine.

Orang ramai juga boleh menghubungi atau menghantar pesanan WhatsApp di talian 011-3110 1888 (Terra) dan 011-3110 3888 (Charmaine) untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN