Pemenang Anugerah Emmy anggap isu Palestin penting disuarakan - Utusan Malaysia

Pemenang Anugerah Emmy anggap isu Palestin penting disuarakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bintang siri komedi Hacks, Hannah Einbinder akhirnya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam Siri Komedi pada majlis Anugerah Emmy yang berlangsung semalam, selepas empat kali dicalonkan sebelum ini.

Namun, lebih daripada sekadar kemenangan, ucapan pelakon berusia 30 tahun itu mencuri perhatian ramai apabila dia dengan lantang melaungkan kenyataan ‘Go Birds, hentikan ICE, dan bebaskan Palestin’ sebelum meninggalkan pentas.

Kenyataan berani itu hadir selepas Einbinder menyertai deretan nama besar Hollywood seperti Emma Stone dan Mark Ruffalo yang menzahirkan sokongan terhadap kempen memboikot institusi dikaitkan dengan apa yang mereka sifatkan sebagai penindasan dan apartheid terhadap rakyat Palestin.

Malah, Einbinder menegaskan bahawa sebagai seorang Yahudi, dia menganggap ia merupakan satu kewajipan untuk menggunakan platformnya bersuara menentang tindakan keji Israel.

Hannah turut mendedahkan bahawa dia mempunyai rakan-rakan yang kini bertugas di Gaza sebagai doktor di barisan hadapan yang membantu wanita hamil serta kanak-kanak pelarian.

“Saya fikir penting untuk bercakap mengenai Palestin kerana isu ini sangat dekat di hati saya.

“Agama dan budaya Yahudi adalah institusi penting yang wajar dipisahkan daripada negara Israel yang bersifat etnonasionalis,”katanya.

Mengulas mengenai kempen boikot tersebut, Einbinder menjelaskan ia hanya menyasarkan institusi yang terlibat secara langsung dalam penindasan, bukan individu.

“Boikot adalah alat berkesan untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa agar berubah,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN