Nora Danish beri isyarat kini ada teman baharu? - Utusan Malaysia

Nora Danish beri isyarat kini ada teman baharu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas setahun bergelar ibu tunggal, pelakon Nora Danish mencetuskan tanda tanya ramai sama ada dia kini sudah mempunyai teman baharu dan mahu memulakan satu kehidupan baharu tidak lama lagi.

Hal ini timbul selepas Nora membuat satu perkongsian foto yang memaparkan momen-momen sepanjang bulan Ogos.

Bagaimanapun, antara gambar berkenaan terselit wajah seorang lelaki sekali gus menarik perhatian peminatnya.

Menerusi foto berkenaan memperlihatkan separuh wajah seorang lelaki yang lengkap memakai kopiah dan bercermin mata.

“Satu bab baharu, Bismillah,” kongsinya di Instagram.

Dalam hantaran yang dimuat naik itu, Nora turut berkongsi perjalanan lelaki berkenaan yang dipercayai sedang mengerjakan ibadah umrah.

Bagaimanapun, Nora tidak berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan menghidu kebahagiaan yang dirasai aktres itu ketika ini.

Malah segelintir netizen membuat andaian mengenali jejaka berkenaan yang dipercayai bukan daripada industri hiburan.

Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan bercerai pada 19 Jun 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN