Membesarkan anak tidak mudah tetapi mereka adalah rezeki dari Allah - Neelofa - Utusan Malaysia

Membesarkan anak tidak mudah tetapi mereka adalah rezeki dari Allah – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa menyifatkan kehadiran cahaya mata dalam hidupnya sebagai nikmat serta rezeki agung kurniaan Allah SWT yang tiada tandingan.

Menurut Neelofa, 36, dua puteranya, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas bukan sahaja membawa kebahagiaan dalam rumah tangga, malah menjadi peringatan setiap hari bahawa anak-anak adalah anugerah istimewa daripada Allah yang harus dijaga sebaik mungkin.

“Alhamdulillah dengan kehadiran dua anak kecil ini. Bilal dan Abbas adalah peringatan harian buat saya bahawa anak-anak bukan sekadar kebahagiaan, tetapi rezeki yang sangat besar serta amanah yang perlu saya pikul,” katanya menerusi satu perkongsian di media sosial.

Tambah bekas pengacara MeleTOP itu, perjalanan membesarkan anak-anak bukanlah mudah, namun setiap cabaran diyakininya penuh dengan hikmah dan ganjaran pahala.

“Membesarkan mereka tidak selalunya mudah. Penat, susah, ada naik turunnya, hari-hari yang penat, kusut, ada hari yang menggembirakan, semuanya sebahagian daripada perjalanan ini.

“Insya-Allah, setiap titik usaha seorang ibu ada ganjaran di sisi-Nya,” jelasnya.

Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu tidak lupa menitipkan doa agar semua wanita yang masih menantikan zuriat dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki oleh Allah.

“Saya doakan semoga setiap wanita yang menadah tangan meminta zuriat, Allah kabulkan dengan cara yang paling indah.

“Sesungguhnya ia adalah amanah dan hadiah terindah daripada Allah SWT,” katanya.

Neelofa mendirikan rumah tangga bersama PU Riz pada tanggal 26 Mac 2021.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dkurniakan dua orang anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN