‘Memang ada kawan yang tidak berbaloi untuk kita kekalkan dalam hidup’ - Utusan Malaysia

‘Memang ada kawan yang tidak berbaloi untuk kita kekalkan dalam hidup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enggan berdepan dengan masalah persahabatan di usia 30-an, penyanyi, Shila Amzah menasihatkan setiap individu harus berbuat baik secara berpada-pada dalam memberikan sokongan kepada rakan-rakan.

Menurut Shila, perkara itu secara tidak langsung mampu membantu seseorang individu terlepas dari berasa terbeban selepas menasihati rakan yang mempunyai masalah peribadi.

“Apabila masuk umur 30-an, kita akan jumpa kawan yang tidak pernah lepas daripada masalah cinta. Ada curang, ada kena pukul, ada pula terbeban hutang. Akhirnya mereka datang menangis minta nasihat.

“Namun selepas puas kita menasihatkan, mereka kembali berbaik dan kita pula jadi salah. Kadang-kadang, sayang kawan pun perlu ada hadnya. Hujung-hujung mereka kata, ‘awak tahu tak si A suruh saya berpisah dengan awak’,” tulisnya dalam Thread.

Lebih memilih untuk mengecilkan lingkaran sosialnya, penyanyi lagu Patah Seribu itu mengakui tidak semua persahabatan harus dipertahankan lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan individu toksik.

“Hakikatnya memang ada kawan yang tidak berbaloi langsung untuk kita kekalkan dalam hidup.

“Lebih baik kita jaga diri sendiri daripada membuang masa dengan orang yang asyik putus dan sambung bercinta tanpa kesudahan.

“Sebab itu bila memasuki usia 30-an, lebih baik kita kekalkan lingkaran kawan sekecil mungkin. Lingkungan kecil itu lebih menenangkan fikiran,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan luahan spontan penyanyi itu bahkan, ada yang mengakui pernah melalui situasi yang sama dalam persahabatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN