Kini ramai mula panggil saya Rangga - El Putra Sarira - Utusan Malaysia

Kini ramai mula panggil saya Rangga – El Putra Sarira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, El Putra Sarira, 21,mengakui kini semakin mula menyesuaikan diri apabila ramai memanggilnya dengan panggilan Rangga sejak membawakan watak utama dalam filem muzikal Rangga dan Cinta.

Walaupun sebelum ini hanya seorang mahasiswa jurusan kejuruteraan, El kini mengakui kehidupannya berubah apabila dirinya mula dikenali ramai.

“Pastinya ada perubahan yang cukup signifikan berbanding dengan kehidupan aku yang sebelumnya,” katanya menerusi temu bual media baru-baru ini.

Malah,akui El Putra,ramai orang awam menegurnya di jalanan semata-mata mahu mengesahkan sama ada dia benar pelakon watak Rangga atau tidak.

“Sekarang bila berjalan, sering ada orang yang tanya, ‘Ini Rangga bukan?’. Kalau dulu masih selesa berjalan sendiri, tapi sekarang memang rasa ada orang yang perhatikan,” ujarnya.

Tambahnya, pengaruh watak tersebut lebih ketara di kampung halamannya di Makassar berbanding Jakarta.

Malah, rakan-rakan sekampus juga tidak ketinggalan mula memberi perhatian kepadanya.

El yang membesar di Papua bagaimanapun tidak melihat populariti mendadak itu sebagai satu beban, sebaliknya mensyukuri rezeki tersebut.

“Saya rasa itu sesuatu yang harus saya syukuri dalam hidup,” katanya.

Untuk rekod, El Putra Sarira memegang watak ikonik Rangga dalam remake Ada Apa Dengan Cinta yang pernah melonjakkan nama aktor tersohor, Nicholas Saputra.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN