Jihad orang mungkin berbeza, jangan mudah menghukum - Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Jihad orang mungkin berbeza, jangan mudah menghukum – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi tersohor dan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menasihati orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menghukum atau menghentam mana-mana pihak yang menyertai perjuangan misi kemanusiaan ke Gaza.

Menurutnya, setiap individu mempunyai perjuangan dan cara tersendiri dalam membantu rakyat Palestin.

Katanya, ia sama ada dengan cara turun padang, menyampaikan bantuan, memberi sumbangan, berdoa atau sekadar menyebarkan maklumat di media sosial.

“Setiap orang ada perjuangan masing-masing. Kadang-kadang perjuangan orang lain tidak sama dengan kita.

“Apa sahaja bentuk jihad untuk membantu saudara Muslim kita, kita serahkan kepada Allah. Paling penting, kita terus mendoakan mereka,” katanya.

Siti turut mengingatkan, tidak wajar untuk masyarakat menilai atau mengkritik pihak yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza kerana hanya Allah mengetahui niat dan pengorbanan mereka.

“Kita di Malaysia mungkin tidak berada di tempat mereka. Jadi janganlah kita cepat menghukum.

“Bagi saya, sebaiknya kita beri doa dan sokongan. Isu ini sangat sensitif, jadi lebih baik kita memperkuatkan solidariti daripada menimbulkan fitnah.

“Kalau kita tidak mampu pergi, kita boleh bantu dengan cara tersendiri, doa, sumbangan, atau sekadar berkongsi maklumat. Jangan berhenti bersuara, jangan berhenti menunjukkan sokongan, supaya dunia terus sedar apa yang berlaku di Gaza,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN