KUALA LUMPUR : Festival muzik antarabangsa terkemuka negara, Sunset by NEON, bakal kembali memukau peminat pada 20 dan 21 September 2025 dengan persembahan dua hari penuh hiburan audio visual, dekorasi imersif serta panorama matahari terbenam yang menakjubkan.
Acara kali ini menampilkan barisan artis tersohor antarabangsa termasuk Adam Beyer, Argy, Massano, Korolova dan ramai lagi yang bakal menggegarkan pentas di tanah tinggi ini.
Sejak sedekad lalu, NEON dikenali sebagai platform pelancaran artis antarabangsa yang pertama kali membuat persembahan di Malaysia.
Tahun ini, sebanyak enam artis membuat penampilan sulung sekaligus menjadikan festival ini antara yang terbesar seumpamanya di Asia.
Selepas kejayaan penganjuran tahun lalu yang menyaksikan tiket habis terjual, edisi kali ini menjanjikan pengalaman lebih eksklusif.
Ia menerusi alunan muzik melodic techno, house dan pelbagai genre lain, berlatarkan suasana nyaman dan pemandangan indah Genting Highlands.
Lokasi Baharu Festival 2025 akan berlangsung di Resorts World Awana, sebuah lokasi acara luar yang dikelilingi kehijauan alam semula jadi dan pemandangan gunung-ganang.
Dengan suhu dingin sekitar 18°C serta kemudahan bertaraf antarabangsa, Genting Highlands diyakini sebagai destinasi terbaik untuk penganjuran festival muzik bertaraf dunia.
Dengan kapasiti yang terhad bagi mengekalkan suasana intim dan eksklusif, Sunset by NEON bukan sekadar pesta muzik, tetapi medan pengalaman rohani yang mendekatkan jiwa dengan suasana, hubungan dan makna yang lebih mendalam.
Tiket kini mula dijual dan dilaporkan laris. Untuk maklumat lanjut, layari www.sunsetbyneon.asia
atau ikuti @sunsetbyneon di Instagram.