Cantik, wajah Amira Othman seiras Karisma Kapoor - Utusan Malaysia

Cantik, wajah Amira Othman seiras Karisma Kapoor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sejak bergelar isteri kepada pelakon popular, Fattah Amin, nama penyanyi Amira Othman semakin mendapat perhatian warganet.

Terbaharu, wajahnya pula dibandingkan dengan aktres jelita Bollywood, Karisma Kapoor.

Perbandingan itu mula tular di platform Threads apabila ramai pengguna menyatakan raut wajah Nadia Amira Othman, 32, mempunyai persamaan dengan bintang filem Dil To Pagal Hai tersebut.

“Memang ada iras. Tak faham kenapa ada yang kata dia tak cantik. Pada saya, Amira memang lawa,” kata seorang pengguna.

Tidak kurang juga ada yang menegaskan persamaan paling ketara antara kedua-dua selebriti itu adalah pada bentuk bibir.

“Bibir mereka sama. Saya pernah komen Amira macam Karisma Kapoor,” tulis seorang lagi netizen.

Malah, kecantikan penyanyi lagu Dalam Sujudku itu turut dipuji kerana dikatakan menyerlahkan kombinasi raut wajah Arab, Hindustan dan Pakistan.

“Patutlah rasa macam pernah nampak. Betul-betul iras Karisma. Wow… Karisma Kapoor Malaysia,” ujar seorang pengguna media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN