Hakisan pantai Koridor Utara Pulau Pinang fenomena semula jadi

Hakisan pantai Koridor Utara Pulau Pinang fenomena semula jadi

KEJADIAN hakisan pantai di sepanjang Koridor Utara Pulau Pinang termasuk di Batu Feringgi, Tanjung Bunga dan Tanjung Tokong tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti tambakan laut.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kejadian hakisan pantai di sepanjang Koridor Utara Pulau Pinang termasuk di Batu Ferringhi, Tanjung Bunga dan Tanjung Tokong tidak ada kaitan dengan aktiviti tambakan laut atau pembangunan berlebihan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini kerana fenomena semula jadi dan perubahan cuaca turut memainkan peranan besar terhadap keadaan pantai di sepanjang Koridor Utara Pulau Pinang.

“Pantai di Koridor Utara ini memang terdedah kepada perubahan cuaca. Ada kawasan yang terhakis, tetapi ada juga yang dipulihkan secara semula jadi. Ini isu yang kompleks dan memerlukan penilaian teknikal,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Sebelum ini, Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), R.Meenanakshi mendakwa, pembangunan berlebihan di kawasan yang terlalu hampir dengan garis pantai selain penambakan laut yang ketara dipercayai antara punca hakisan di Batu Batu Ferringhi dan Tanjong Bungah di sini pada tahun ini lebih teruk.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, kawasan hakisan di kawasan Koridor Utara Pulau Pinang terletak kira-kira 10 kilometer (km) dari lokasi penambakan di Seri Tanjung Pinang.

Beliau berkata, aktiviti penambakan tersebut telah dijalankan sejak bertahun-tahun lalu dan kejadian hakisan pula tidak berlaku secara berterusan setiap musim.

“Hakisan ini bukan berlaku sepanjang masa. Di sesetengah kawasan seperti Rasa Sayang (Hotel Shangrila Rasa Sayang), ia berlaku mengikut musim. Kadangkala selepas hakisan, proses semula jadi akan memulihkan semula pantai tanpa campur tangan manusia,” katanya.

Dalam pada itu, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diingatkan supaya tidak membuat tuduhan yang melampau dan tidak berasas berhubung isu hakisan pantai.

“Projek tambakan di Pulau Andaman sebenarnya telah dilakukan lebih daripada satu dekad lalu. Sekiranya projek ini menjadi punca hakisan, masalah tersebut sepatutnya berlaku 10 tahun yang lalu dan bukannya sekarang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×