Ardell tidak sihat, tidak beritahu kerana enggan keluarga risau - Nadzmi Adhwa - Utusan Malaysia

Ardell tidak sihat, tidak beritahu kerana enggan keluarga risau – Nadzmi Adhwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan, Nadzmi Adhwa memaklumkan isterinya yang juga pelakon, Ardell Aryana berada dalam keadaan kurang sihat sehingga terpaksa menjalani proses memasukkan air (drip).

Menurut Nadzmi, perkara itu hanya diketahui selepas dimaklumkan seorang aktivis, Ilyia Balqis yang turut serta dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) bersama Ardell.

“Saya baru tahu awak kena drip air rupanya. Tidak beritahu kami sebab tidak mahu susahkan hati keluarga di sini.

“Awak dah kurus, kuat bertahan ya,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Tambah Nadzmi, isterinya sebelum ini tidak dapat dihubungi selama dua hari sebelum dia menerima khabar mengenai keadaan kesihatannya.

“Alhamdulillah, ujian hebat tapi semangat juang awak memang luar biasa. Semoga Allah beri kekuatan kepada awak dan semua team Global Sumud Flotilla untuk terus mengharungi semua dugaan dan cabaran ini.

“Insya-Allah kami di sini sentiasa mendoakan kalian semua yang disana. Semoga Allah reda dengan usaha semua,”katanya lagi.

Ardell kini dalam perjalanan memasuki perairan Gaza bagi meneruskan misi Global Sumud Flotilla menghentikan sekatan terhadap rakyat di Gaza dengan menghantar bantuan.

Dia memulakan perjalanan ke Sepanyol pada
31 Ogos lalu sebelum disertai oleh aktivis kemanusiaan dari negara lain.

Turut bersama dalam misi tersebut ialah penyanyi, Zizi Kirana.

Difahamkan, perlayaran GSF ini juga berbaki seminggu lagi untuk tiba ke Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN