Apa status Marissa? Saya pun tak tahu pasal adik saya - Danish Hakim

Apa status Marissa? Saya pun tak tahu pasal adik saya – Danish Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Anak kepada pelakon Norman Hakim, Danish Hakim, berkata dia tidak mengetahui secara mendalam kisah peribadi adiknya, Marissa Dania, termasuk berhubung isu rumah tangganya.

Meskipun hubungannya sebagai adik-beradik itu kelihatan rapat di mata umum, Danish mengakui bahawa adiknya tidak banyak bercerita atau berkongsi isu peribadi dengannya.

“Terus terang, saya banyak tak tahu sebenarnya pasal adik saya. Walaupun orang nampak kami rapat, tapi dia pun dah ada kehidupannya sendiri, begitu juga saya,” katanya ketika ditemui pemberita di acara Viu Royal Night di W Factory, di sini, semalam.

Menurut Danish, meskipun sebagai seorang abang dia patutnya lebih mengetahui keadaan sebenar, namun katanya, dia selesa memilih untuk menghormati ruang privasi Marissa.

“Adalah tahu sedikit, tapi saya tak boleh nak dedahkan sebab itu hak dia.

“Saya takut tersalah cakap. Bagi saya, lebih baik kalau benda macam ni biar Marissa sendiri yang jelaskan,” ujarnya.

Danish juga menegaskan bahawa isu rumah tangga adiknya adalah perkara sensitif yang tidak wajar dipaksa untuk dikongsi.

Katanya, dia khuatir jika terlalu mendesak boleh memberi kesan kepada kesihatan mental Marissa.

“Kalau pasal rumah tangga, saya cuba elakkan untuk tanya lebih-lebih. Saya tak nak rosakkan mental health dia.

“Apa yang mampu saya buat sekarang hanyalah berdoa untuk dia dan ahli keluarga lain,” katanya.

Ditanya mengenai pandangannya apabila kehidupan keluarganya sering menjadi perhatian media dan orang ramai, Danish mengakui pada awalnya dia agak terkesan.

“Mula-mula terasa jugak, tapi lama-kelamaan saya kena terima inilah kehidupan saya. Dah jadi macam makanan harian kita.

“Marissa pun seorang selebriti, jadi semua orang akan melihat dan menilai. Nak buat macam mana, memang tak boleh lari,” jelasnya.

Dalam pada itu, Danish mengakui tidak mengetahui status terkini rumah tangga adiknya.

Malah, dia percaya ada pihak yang lebih layak menasihati Marissa terutama bapanya sendiri, Norman Hakim.

Terdahulu, Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam sebagai isteri kedua selepas mereka berkahwin di di Songkla, Thailand pada Disember 2023.

Ketika itu, lelaki terbabit sudah memiliki seorang isteri, Umisya dan tiga cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN