Afifah Nasir selamat lahirkan cahaya mata sulung - Utusan Malaysia

Afifah Nasir selamat lahirkan cahaya mata sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Afifah Nasir selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Afifah atau Nur Afifah Nasir, 32, meluahkan rasa syukur dengan amanah yang diberikan kepadanya.

“Dicipta dengan penuh kasih sayang, diberkati oleh Allah. Alhamdulillah, cahaya mata kami, anugerah terindah dari-Nya,” tulisnya.

Dalam hantaran tersebut turut memaparkan suaminya iaitu Syed Hariz mencium dahi dan wajah anaknya yang ditutup dengan emoji berbentuk hati.

Kata Afifah dia dan suami sepakat memilih nama Syed Armand Mateen untuk anak sulungnya itu.

“Syed Armand Mateen telah selamat dilahirkan ke dunia ini,” luahnya.

Pada Mei lalu, Afifah berkongsi khabar gembira apabila dia kini berbadan dua selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Afifah mendirikan rumah tangga dengan Syed Hariz pada Mei tahun lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN