14 filem tempatan terima insentif ITFC2.0 Finas - Utusan Malaysia

14 filem tempatan terima insentif ITFC2.0 Finas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU KELANG: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) terus memperkukuh komitmen dalam menyokong industri perfileman tanah air apabila menyalurkan Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC 2.0) berjumlah RM1,128,729.74 kepada 14 buah filem tempatan.

Menurut FINAS, pemberian insentif ini bukan sahaja sebagai pengiktirafan terhadap usaha penerbit filem, malah turut membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kelangsungan serta daya tahan industri filem negara.

“ITFC berperanan meringankan beban penerbit selain menggalakkan penghasilan karya berkualiti yang mampu bersaing di peringkat serantau dan antarabangsa,” kata FINAS dalam satu kenyataan.

Majlis penyampaian insentif itu disempurnakan oleh Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac di Studio Dolby Atmos, Mix Stage, FINAS Hulu Kelang, hari ini.

Majlis turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin; Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib; Ahli Perbadanan FINAS merangkap Pengerusi Skim Wajib Tayang, Rozaidi Abdul Jamil (Zed Zaidi); serta warga industri kreatif tanah air.

Sementara itu, sehingga kini, lebih RM1.7 juta insentif telah disalurkan pada tahun ini.

Pada 22 April lalu, sebanyak sembilan buah filem daripada tujuh syarikat penerbitan menerima RM613,702.13 di bawah ITFC 2.0 manakala 14 filem lagi menerima RM1,128,729.74 hari ini.

Kehadiran jumlah penerbitan yang mendapat sokongan ITFC turut membuktikan sambutan menggalakkan terhadap filem tempatan di pawagam.

Selain itu, FINAS juga yakin bahawa pemberian insentif ini akan terus merancakkan aktiviti
penerbitan filem cereka, di samping meningkatkan daya saing industri di
peringkat serantau dan antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN