Kali ini tiada sorok-sorok, kalau ada berita baik kita kongsi - Pengurus Fattah - Utusan Malaysia

Kali ini tiada sorok-sorok, kalau ada berita baik kita kongsi – Pengurus Fattah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Jangan risau, kalau ada berita baik kita akan kongsi. Tiada sorok-sorok.”

Demikian jawapan pengurus aktor, Fattah Amin, Sakirin Acha atau lebih dikenali sebagai Acha kepada Utusan Malaysia, berhubung desas desus mengatakan pelakon lelaki itu bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Jela Acha, biarpun mungkin satu ketika nanti majlis tersebut dilangsungkan dalam kalangan keluarga atau sahabat terdekat sahaja, aktor tersebut akan mengumumkan berita baik tersebut.

“Pernikahan ini berita yang baik kan, jadi memang kita akan kongsikan. Lagipun, peminat juga akan lebih dekat dan bergembira.

“Kalau pun mungkin dilangsungkan secara tertutup sekalipun, kita akan kongsi. Jika ada perancangan ke arah itulah,” ujarnya.

Acha berkata demikian selepas timbul ura-ura pelakon Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu sudah membuat tempahan dewan perkahwinan dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Spekulasi yang tercetus di aplikasi Threads itu mendapat perhatian ramai dan turut mengaitkan nama ‘rakan sekerja’ Fattah, Amira Othman.

Sebelum ini, Fattah dan Amira sebelum ini dikatakan bakal mendirikan rumah tangga namun dinafikan aktress tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN