Hamil empat bulan, doakan semuanya dipermudahkan - Ayda Jebat - Utusan Malaysia

Hamil empat bulan, doakan semuanya dipermudahkan – Ayda Jebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat berkongsi khabar berita mengenai keluarga kecilnya.

Dalam satu hantaran ringkas di media sosial, Ayda mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

“Assalamualaikum! 3rd Wuvv Junior is coming… keluarga kecil kami Insya- Allah akan bertambah seorang lagi.

“Ayda sekarang dah 4 bulan, Alhamdulillah. Doakan semuanya dipermudahkan! Love you guys!,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram, hari ini.

Perkhabaran itu mendapat meraih perhatian ramai dengan rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah buat Ayda dan Nabil atas rezeki tersebut.

Antara komen yang menarik perhatian ramai tentunya daripada Mira Filzah yang merupakan rakan gandingannya dalam drama Mandul Bukan Pilihan yang baru sahaja melabuhkan tirai.

“Awak telah merahsiakan berita ini daripada kami. Tapi saya gembira kerana menjadi antara yang pertama tahu. Kalau tak memang saya tak bagi Elhan (watak Ashraf Muslim) campak-campak awak. Tahniah, jangan nakal-nakal okey,” komen Mira.

Ayda kemudian dilihat membalas komen tersebut dengan meminta maaf kerana tidak memaklumkan lebih awal tentang kehamilannya.

“Maaf sayang. Saya terpaksa. Kalau tak mesti kalian tak bagi buat dramatik. Insya-Allah semuanya okey. Sayang kamu dan semua,” tulisnya.

Terdahulu, Ayda sudah memiliki sepasang cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Nabil Mahir iaitu Ana Nayla, 4 dan Aali Mateen, 2. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN