Gosip Fattah Amin, Amira Othman bakal berkahwin mula bertebaran - Utusan Malaysia

Gosip Fattah Amin, Amira Othman bakal berkahwin mula bertebaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Fattah Amin, sekali lagi menjadi bahan bualan ramai apabila didakwa bakal menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat.

Perkara itu menjadi topik di pelbagai platform media sosial setelah kononnya ‘dibocorkan’ oleh seorang pengguna.

“Info sahih kata, Fattah akan berkahwin tidak lagi,”katanya ringkas.

Berdasarkan kenyataan itu, ramai kalangan peminat menyebut, kemungkinan desas desus Fattah akan mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Amira Othman setelah seringkali di gosipkan bersama.

Tidak cuma itu, ada yang mendakwa, pasangan itu sudah menempah dewan untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka tidak lama lagi.

Ada juga yang menokok tambah,kononnya, Fattah dan Amira memilih Disember sebagai bulan untuk meraikan hari bahagia mereka.

Sebelum ini, gosip Fattah dan Amira bermula sejak mereka berkolaborasi dalam sebuah muzik video single terbaharu Amira berjudul Bila Nak Kahwin? dilancarkan.

Ia berikutan, Fattah telah menjadi cameo dalam muzik video tersebut sebelum kemudiannya terlibat dalam banyak projek lain bersama Amira.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN