Bidang kami berbeza, Amira bukan pelakon, penyanyi atau pengacara - Neelofa - Utusan Malaysia

Bidang kami berbeza, Amira bukan pelakon, penyanyi atau pengacara – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa, 36, memilih untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai hubungan adiknya, Amira Khan, dengan pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol.

Menurut Neelofa, dia lebih selesa mengelak daripada menjawab soalan yang melibatkan kehidupan peribadi ahli keluarganya kerana bimbang akan menimbulkan pelbagai salah faham terutama di kalangan masyarakat umum.

“Saya rasa lebih baik simpan komen untuk diri sendiri. Ada perkara yang tidak perlu dijawab kerana ia boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

“Kalau kita jawab pun, tetap ada pihak yang akan kecam,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Gala Pelancaran Penjenamaan Lindung, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di EQ Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain itu, Neelofa menegaskan bahawa isu perhubungan bukan sesuatu yang wajar diperkatakan secara terbuka kerana ia bersifat peribadi.

Dalam pada itu, ditanya mengenai tekanan yang dialami apabila sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, Neelofa mengakui dia pernah melalui fasa sukar dalam kerjayanya sebelum ini.

“Saya dulu pun pernah berdepan dengan macam-macam kontroversi. Tapi saya belajar untuk lebih tenang, fokus kepada perkara yang penting sekarang dan tidak melayan benda yang tidak membawa manfaat.

“Sebenarnya tak boleh nak samakan saya dengan Amira sebab kami dalam bidang yang berbeza. Zaman sekarang dunia media sosial, sesiapa pun boleh jadi terkenal.

“Dulu orang memang ambil tahu tentang selebriti saja,tapi tak boleh bandingkan dengan adik saya. Dia (Ameera) bukan pelakon, penyanyi atau pengacara. Tidak,” ujarnya.

Tambahnya, dia kini lebih selesa menikmati kehidupan yang sederhana dan damai bersama keluarga, selain memberikan tumpuan kepada perniagaan.

“Syukur kerana saya sudah lalui fasa yang susah dan kini berada di fasa lebih tenang. Saya mahu fokus pada keluarga, perniagaan, dan kehidupan yang memberi ketenangan,” katanya lagi.

Untuk rekod, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) pernah menjalin hubungan cinta dengan Jefri sebelum dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021.

Bagaimapaun pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan pasangan ini kembali bertaut dan dilihat lebih terbuka berkongsi kemesraan di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN