Saya juga stres, harap mereka berbaik - Awie - Utusan Malaysia

Saya juga stres, harap mereka berbaik – Awie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL : Penyanyi, Datuk Awie, berharap sebarang salah faham yang berlaku antara Shila Amzah dan seorang penyanyi rock legenda tanah air baru-baru ini dapat diselesaikan secara baik.

Menurut Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 56, dia menasihatkan kedua-dua belah pihak tidak lagi memanjangkan konflik.

“Saya pun berharap sangat supaya Shila dan penyanyi legenda itu berbaik dan tidak akan memanjangkan cerita ini. Sebab saya tahu penyanyi tersebut orangnya jenis bercakap lembut dan Shila dan tentulah dia pula wanita.

“Kita pun tahu ada pasang surutnya kehidupan bukan. Jadi, harap-harap mereka kekal baik.

“Kita rakan satu industri seni ini, pusing kanan pusing kiri akan jumpa juga akhirnya. Jangan gaduh-gaduh, jangan keruhkan lagi suasana yang tengah teruk di mana kita boleh lihat artis dan industri mudah dihina oleh netizen,”katanya.

Awie berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media The Chosen One Xtra X Jutawan Ekpress di Astro, hari ini.

Selain itu, tambah Awie, dia juga tertekan apabila namanya dikaitkan dalam kemelut antara mereka sedangkan dirinya tidak terbabit.

“Saya minta maaf kerana saya pun stres. Saya pun terpaksa kena nak bersihkan nama saya.

“Saya cuma berdoa semoga orang boleh ingat kebaikan saya, asyik ingat buat jahat sahaja. Saya pun ada buat kebaikan untuk pengetahuan semua,”katanya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia ada menghubungi penyanyi legenda terbabit, penyanyi lagu Tragedi Oktober dan Bara ini berkata, dia sentiasa memberi sokongan kepada rakan industrinya itu.

“Dia ada minta maaf. Saya cakap kalau perlukan apa-apa bantuan, beritahu. Saya akan cuba bantu mana yang boleh,”katanya.

Pada 10 Julai lalu, Shila berkongsi kejadian diserang seorang penyanyi legenda dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Susulan itu, netizen membuat spekulasi mengaitkan tiga nama penyanyi legenda termasuk Datuk Awie, Datuk Amy Search dan Ella kerana artis tersebut turut terlibat dalam acara tersebut.

Pun begitu, Shila kemudiannya mengesahkan bahawa individu yang mengherdiknya ketika sesi latihan untuk sebuah konsert itu ialah bapa kepada pelakon, Nabila Huda.

Polis juga sudah mengambil keterangan daripada penyanyi legenda terbabit selepas menerima laporan daripada Shila.

Hasil siasatan mendapati tindakan penyanyi legenda itu adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap penyanyi berkenaan yang didakwa mencampur urusan keluarganya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN