Misha Omar terharu terima kejutan Melly Goeslaw - Utusan Malaysia

Misha Omar terharu terima kejutan Melly Goeslaw

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi terkemuka, Misha Omar, 44, mengakui terkejut apabila melihat kemunculan komposer lagu Break, Melly Goeslaw, yang hadir ke majlis pelancaran single itu, di sini, hari ini.

Tidak menyangka ratu runut bunyi Indonesia itu akan muncul di majlis berkenaan, Misha menganggap ia sebagai satu penghargaan dan satu momen berharga buat dirinya.

“Sebenarnya saya sangat terharu apabila suara saya didengari oleh orang yang bukan calang-calang dari negara sebarang. Ia merupakan satu apresiasi.

“Pada mulanya saya nampak satu susuk tubuh seperti Melly tetapi saya perlu menumpukan kepada nanyian kerana guru saya, Datuk Syafinaz Selamat berada di hadapan.

“Kemudian Alhamdulillah dia pun nyanyi bersama-sama dan saya sangat gembira,”katanya.

Selain itu, penyanyi lagu Sampai Bila dan Bunga Bunga Cinta itu berkata, dia juga terharu apabila mengetahui Melly selama ini menganggap dirinya idola.

Pada pertemuan itu, Melly kelihatan sebak apa apabila pertama kali bertentang mata dengan penyanyi bervokal gemersik itu.

“Saya adalah peminat filem seram dan sangat meminati Pontianak Harum Sundal Malam 1 dan 2. Bagi saya, Misha yang menyanyikan lagu runut bunyi filem itu, sangat menyentuh hati.

“Tidak ramai penyanyi yang boleh menghayati sesebuah lagu itu sekali gus menjadikan sesebuah babak itu hidup dan meninggalkan impak kepada penonton.

“Malah, semasa saya mendengar Misha menyanyikan lagu Pulangkan tadi, saya menangis,”katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai penghasilan Break, Melly berkata, ia bermula selepas mereka saling berbalas mesej di media sosial.

“Selepas konsert saya yang pertama di Kuala Lumpur, saya ada hantar mesej kepada Misha kerana sudi hadir. Kemudian Misha ada meminta lagu daripada saya dan kebetulan memang saya nak bagi lagu kepadanya.

“Saya berikan dia dua buah lagu. Tetapi projek ini tidak dirakamkan serta merta hingga saya sangkakan ia tidak jadi.

“Sehinggalah saya menerima mesej daripada penggubah lagu Break iaitu Tohpati yang bergambar bersama Misha di studio,”katanya.

Dalam pada itu, Melly tidak menolak mahu bekerjasama lagi dengan Misha untuk berduet dalam projek lagu runut bunyi yang bersesuain pada masa akan datang.

Single Break yang juga lagu tema drama bersiri siaran Astro, berjudul Mandul Bukan Pilihan sudah pun dilancarkan di platform digital bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN