KUALA LUMPUR – Kumpulan pop popular Indonesia, Juicy Luicy, bakal menghiburkan peminat Malaysia menerusi Ruang Inspirasi Festival (RIF) pada 17 Ogos 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Dianjurkan oleh Expoindo dan Thrive, RIF menampilkan konsep segar dengan gabungan muzik dan perkongsian kisah di sebalik lagu daripada para artis.
Juicy Luicy yang terkenal dengan lagu Lantas dan Lampu Kuning dipilih kerana muzik mereka yang dekat di hati pendengar muda.
Menurut penganjur, konsert ini akan memberikan pengalaman berbeza apabila penonton turut dapat mendengar perkongsian kisah peribadi artis di sebalik lagu-lagu yang dinyanyikan.
“Kami mahu setiap momen terasa lebih peribadi dan bermakna, bukan sekadar persembahan semata-mata,” kata wakil Expoindo.
Festival ini akan berlangsung dalam dua sesi, tengah hari dan malam dengan lebih ramai artis bakal diumumkan.
Tiket sesi malam mula dijual 3 Julai 2025 melalui BBO Events dan laman web rasmi ri-fest.com/kualalumpur, dengan harga bermula RM128 hingga RM528. Untuk info terkini, ikuti RIF di Instagram dan TikTok menerusi akaun @rifest.my.