Video tular, orang kita mudah terkesan dengan isu kekeluargaan - Rosyam Nor - Utusan Malaysia

Video tular, orang kita mudah terkesan dengan isu kekeluargaan – Rosyam Nor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG : Pelakon, Datuk Rosyam Nor, tidak menolak bahawa video mengenai pasangan suami isteri yang bergaduh di Rosyam Mart baru-baru ini merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran pasar raya berkenaan.

Menggunakan isu rumah tangga, kata Rosyam, dia sedar bahawa masyarakat mudah terkesan dan terpancing dengan hal-hal yang melibatkan kekeluargaan.

“Memang sebenarnya Rosyam Mart adalah pasar raya untuk keluarga, jadi apabila kita timbulkan isu rumah tangga dan pergaduhan di antara suami isteri, masyarakat kita memang tak boleh terima perkara seperti itu.

“Saya rasa itu antara sebab kenapa video itu boleh jadi tular. Apabila seorang perempuan diperlakukan begitu maka ramailah netizen-netizen perempuan yang menyokong.

“Mereka jadi tertanya-tanya dan tak setuju kenapa lelaki buat benda itu kepada perempuan,”katanya.

Rosyam berkata demikian ketika ditemui di Majlis Korban Perdana dan Kenduri Rewang Ikhlas.com ST Rosyam Mart di Masjid Meranti, di sini, hari ini.

Selain itu, ditanya mengenai tujuan menghasilkan video tular tersebut dengan menyentuh isu rumah tangga, Rosyam mendakwa pihaknya mempunyai mesej tersirat.

“Daripada video itu kita berharap masyarakat di luar sana khasnya suami isteri, janganlah ada perlakuan yang begitu. Itulah maksud yang kita nak ketengahkan.

“Memanglah mula-mula orang marah, selepas itu orang faham, lepas faham orang suka.

“Macam saya berlakon dalam Keluarga Itu, mula-mula orang marah tapi bila orang faham tujuannya, orang menghargai mesej tersebut.
Sama juga seperti bahan kandungan yang kita buat untuk Rosyam Mart dan juga Ikhlas.com,”katanya.

Terdahulu, tular dia video Tik Tok yang memaparkan sepasang suami isteri bertengkar untuk membayar barangan keperluan dapur di Rosyam Mart.

Insiden itu menyaksikan seorang lelaki telah membaling barangan dengan emosi marah terhadap isterinya sehingga tergamak menolak troli itu dengan kasar sehingga terbalik.

Tindakannya itu kemudiannya telah mengundang kemarahan warganet yang prihatin terhadap situasi tegang yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN