Bekas penyanyi irama Nusantara, Sheqal meninggal dunia

Bekas penyanyi irama Nusantara, Sheqal meninggal dunia dengan tenang – Isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Sheqal atau Shaharim Salehuddin, 60, menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban pukul 12.31 tengah hari pada Selasa.

Berita sedih itu dikongsikan isteri, Normah Mohd Yusoff, 58, dalam nada sebak menerusi satu panggilan telefon.

“Ya Abang Sheqal sudah meninggal dunia di hospital. Tapi dia meninggal dunia dengan tenang, dalam tidur,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia.

Difahamkan jenazah dan diberi penghormatan terakhir di kampung halaman yang terletak di Raub, Pahang.

“Dia akan dibawa kebumi di kampungnya di Raub,” katanya.

Sebelum ini, Sheqal dimasukkan ke HTJ pada 4 Jun sebelum ditidurkan pada 6 Jun lalu.

Sepanjang hayatnya, Sheqal berkahwin dengan bekas isteri, Raja Ema dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putera Ammar dan Putera Al Kasyah.

Manakala perkahwinan dengan Norma dikurniakan sepasang anak iaitu Muhammad Fatullah Shaharim, 21, dan Ummu Hani Shaharim, 20.

Sheqal merupakan penyanyi yang popular dengan genre muzik nusantara dan pop tradisional sekitar era 90-an.

Lagu hits nyanyian Sheqal ialah Zapin Rindu-rinduan, Cinta Nusantaradan Ratib Orang Lautan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN