Jodoh? Masih terlalu awal cari pengganti - Nur Fazura - Utusan Malaysia

Jodoh? Masih terlalu awal cari pengganti – Nur Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura Sharifuddin, 42, mengakui masih terlalu awal untuknya mencari teman hidup baharu terutama selepas bercerai dengan
aktor sensasi, Fattah Amin.

Bagi Fazura, walaupun tempoh perpisahan sudah menjangkau lebih setengah tahun, dia berasakan seolah-olah baru sahaja melalui fasa perceraian.

“Saya tak pernah terlintas nak cari pengganti. Saya rasa terlalu awal untuk fikirkan soal ini kerana rasa macam baru bercerai.

“Memang ramai mendoakan saya agar dipertemukan dengan jodoh yang baik dan saya hargai semua doa ini.

“Tetapi, buat masa ini, fokus saya untuk anak, Nur Fatima dan perniagaan yang saya usahakan,” katanya ditemui pada majlis tayangan muzik video lagu Luar Biasa, di sini, semalam.

Tidak cuma itu, jelas pelakon filem Pisau Cukur itu lagi, setakat ini tiada lelaki yang cuba mendekatinya sejak bergelar ibu tunggal.

“Tak ada pun,” jawabnya ringkas.

Tambah Fazura, dia kini lebih selesa dan tenang menjalani kehidupan sendirian tanpa perlu memikirkan soal pasangan baharu.

“Sejujurnya, saya gembira, tenang dan lega dengan kehidupan sekarang. Saya rasa selesa dengan keadaan ini, walaupun ada bertanya sama ada saya mahu mencari pengganti.

“Buat masa ini, saya lebih tenang begini dan hanya ingin memberi sepenuh perhatian kepada anak dan kerjaya,” ujarnya.

Fazura dan Fattah bercerai dengan talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 5.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN