Inisiatif 10Star Cinemas bantu tayang filem tempatan - Utusan Malaysia

Inisiatif 10Star Cinemas bantu tayang filem tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : 10Star Cinemas akan memperuntukkan sebuah dewan di pawagam mereka yang akan dibuka di pusat membeli belah Hextar World Empire City bagi menayangkan filem tempatan sahaja.

Ketua pegawai eksekutif 10Star Cinema, Onn Norshal Hamzah berkata, inisiatif itu adalah satu bentuk sokongan untuk memajukan filem tempatan.

“Daripada lapan dewan yang ada, kami akan memperuntukkan satu dewan untuk menayangkan filem tempatan, ini adalah inisiatif kita untuk menyokong filem tempatan.

“Usaha ini juga adalah cetuasan idea daripda pengerusi Eksekutif MAA Group Berhad, Tunku Datuk Yaacoob Khayra. Sistem kita tidak sama dengan syarat wajib tayang yang menetapkan tempoh 14 hari wajib tayang di pawagam terbesar

“Jika dalam tempoh itu tidak ada filem tempatan baru keluar belum masuk, kita akan tayangkan filem sedia ada atau tayang balik filem-filam lama,”katanya.

Onn Norshal berkata demikian di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahan (Mou) antara Hextar World Empire City dengan 10 Stars Cinemas, di sini, hari ini.

Selain Tunku Datuk Yaacob Khayra, turut hadir sama di majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hextar, Datuk Eddie Ong dan Pengarah filem Impak Maksima, Dr Ahmad Idham.

Selain itu, jelasnya lagi, pihaknya juga akan mengambil mana-mana filem ditayangkan di festival sebelum ini.

“Kami di 10star mewujudkan satu budaya baharu. Sekarang kita lihat landskap perfileman tanah air banyak juga yang mendapat sambutan. Seperti tahun lepas filem Mat Kilau, Sherif dan tahun ini Blood Brothers.

“Ini menunjukkan filem tempatan kita memang berpontensi,”ujarnya.

Dalam pada itu, dia berkata kepercayaan khalayak kepada filem tempatan semakin meningkat.

Memperkukuhkan janji mereka, pengendali rangkaian pawagam itu akan mengedarkan filem Impak Maksima 2 sekali gus menjadi pawagam tempatan pertama yang mengedarkan filem lokal.

“Filem ini dipilih kerana kita tahu naskhah terdahulu pernah mendapat sambutan hangat ketika ditayangkan pada tahun 2007,”katanya.

Projek pembinaan pawagam ini menelan belanja sebanyak RM30 juta yang boleh memuatkan kapasiti 1,500 penonton pada satu masa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN