Giliran Daesung ubati kerinduan peminat - Utusan Malaysia

Giliran Daesung ubati kerinduan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mengorak langkah ke hadapan, SAH Entertainment bakal menyediakan satu lagi pengalaman menarik khusus buat peminat muzik K-Pop dengan membawakan ahli kumpulan Big Bang iaitu Daesung untuk menggegarkan Arena @ Expo,
Singapura pada 2 Ogos ini.

Menerusi penganjuran konsert D’s Wave 2025 Asia Tour In Singapore, ia merupakan sebahagian daripada jelajah dunia penyanyi berkenaan di Asia Tenggara.

Menurut Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid, pihak pengurusan sudah
menetapkan harga yang terbaik buat peminat yang mahu menyaksikan idola mereka di depan
mata.

Bukan itu sahaja, Sufi memberitahu mereka juga akan membuat sesi Meet And Greet bersama
Daesung pada hari konsert itu berlangsung.

“Untuk konsert Daesung kali ini pihak penganjur bersetuju untuk memberikan harga yang
berpatutan buat peminat-peminat yang dah lama nak saksikan penyanyi itu depan mata
mereka.

“Istimewanya kali ini, bukan sahaja pada harga tiket malah kami ada menyediakan faedah
seperti sesi Meet And Greet bersama Daesung,
” katanya.

Dalam pada itu, kata Sufi, ini adalah salah satu detik bersejarah buat syarikatnya kerana ini
adalah kali pertama dia dan pasukan menganjurkan konsert artis K-pop.

Malah Sufi mempunyai perancangan untuk membawa beberapa lagi penyanyi daripada Korea Selatan untuk mengadakan konsert sama ada di Malaysia atau Singapura.

“Ini konsert artis K-pop pertama yang kita buat, lagi pula siapa tidak kenal Daesung yang juga
salah seorang ahli kumpulan Big Bang.

“Jadi tidak salah untuk kami mencuba anjurkan artis K-pop dan mungkin buat perancangan
masa depan akan ada lebih banyak lagi insya-Allah,”jelasnya.

Ditanya mengenai harapan buat konsert Daesung ini, Sufi berkata, dia mengharapkan
peminat-peminat yang hadir nanti akan bergembira dan berseronok merasai pengalaman melihat idola mereka menyanyi di hadapan mata.

“Saya cuma berharap peminat-peminat yang hadir nanti bergembira dan berseronok sahaja
ketika menyaksikan Daesung menyanyi dan hiburkan mereka.

“Saya juga yakin konsert itu nanti akan berikan mereka satu pengalaman yang tidak dapat
dilupakan,”ujarnya.

Harga tiket konsert D’s Wave 2025 Asia Tour In Singapore bermula daripada SGD288 (VIP),
SGD238 (Diamond) dan SGD208 (Platinum) akan mula dijual pada 23 Jun ini, melalui platform di sistic.

Peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket awal kerana permintaan konsert ini dijangka
sangat tinggi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web SAH Entertainment atau emel
[email protected].

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN