Dulu hidup mewah, pernah beli sepasang kasut cecah harga RM900 - Nas T - Utusan Malaysia

Dulu hidup mewah, pernah beli sepasang kasut cecah harga RM900 – Nas T

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Nas Muammar Zar,42, mengakui suatu ketika pernah terleka dengan kemewahan dunia terutama ketika sudah berada di zon selesa sejak bergelar seorang artis.

Menyesali perkara itu, kata Nas atau turut dikenali sebagai Nas T, tindakan itu menyebabkannya gagal menguruskan kewangan baik.

“Saya ingat lagi, iyalah muda bukan. Jadi keinginan itu banyak. Lagi-lagi saya ini bukan datang daripada keluarga senang. Jadi apabila saya dapat rezeki berlakon, saya tak fikir pun tentang pengurusan kewangan.

“Benda itu banyak mengajar saya untuk menjadi lebih matang. Dulu saya fikir, apabila berbelanja sesuatu, tak mengapa duit ada lagi. Membayangkan ada dua tiga ‘job’ sedang tunggu.

“Jadi saya boleh saja kalau nak beli kasut dan pakaian mahal atau makan di tempat mahal sebab saya fikir ‘job’ akan sentiasa ada,”katanya dalam siaran podcast Syok, baru-baru ini.

Kongsi Nas T lagi, perkara itu menjadikannya lalai meskipun sedar semua itu bersifat sementara sahaja.

“Bila fikir semula, sebenarnya benda itu kita tak perlukan sangat pun. Contohnya kenapa saya kena ada kasut yang sangat mahal sehingga harganya mencecah ribuan ringgit sedangkan boleh beli yang murah?

“Fungsinya untuk dipakai sahaja. Tetapi sebab kita darah muda, kita fikir kalau pakai kasut mahal itu tanda kita berjaya. Dulu, saya cukup gemari kasut berjenama seperti Gucci.

“Pernah berbelanja hingga RM800, RM900 cuma untuk sepasang sneakers sahaja, itu pun ketika jualan murah. Bila fikir semula, nak pakai pun sayang, kasut harian lain juga yang saya gunakan,”akuinya.

Tambah pelakon filem Keluang Man ini lagi, dia juga sempat berfikiran dangkal bahawa menggayakan pakaian berjenama mampu mengundang rasa kagum orang terhadap dirinya sebagai seorang selebriti.

“Saya fikir oh, saya ada Gucci orang akan pandang. Lebih kepada nak buat orang rasa kagum.

“Sekarang tidaklah. Saya cuma seadanya. Yang penting kerja saya bagus. Nak bermewah-mewah tidak lagi sebab saya utamakan keluarga.

“Saya sudah puas merasai semua itu ketika zaman muda jadi sekarang apa-apa yabg dilakukan, saya fikir keluarga dahulu iaitu isteri dan anak-anak,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN